Thursday, October 08, 2009

impian vs angan2

ada beza tu... marilah kita tuka angan2 pada impian.. dan berusaha untuk jadikan impian kita satu kenyataan..

ayoh

Tuesday, October 06, 2009

bulan baru, minggu baru

salam oktober semua.. saja nak update, bibikku tak muncul kat airpot hari ahad lepas... kweng kweng kweng...

so, secara informalnya, AK terpaksa memangku tugas2 bibik, dibantu oleh taska, tadika, anak3, abe dan semua yang sewaktu dengannya

ada cadangan tak?

Monday, September 28, 2009

salam syawal

salam syawal semua... cuti raya kali ni, memang bes.... cuti panjang katakan.

kami dah tiba kat kl dari ahad pagi. seawal 2.08 pagi di bandar tun hussein onn. kami bertolak selepas maghrib hari sabtu memandangkan deretan keta2 yang tak putus2. haha. lepas 15km dari mache, kami terpaksa masuk dalam barisan jugak... rupanya ada funfair kat kuala krai.. lepas tu, perjalanan lancar. kami cuma berenti kat r&r gua muse & gombak untuk ke toilet. yuha. okla kan. 6 jam perjalanan di musim raya

untuk warga kuala krai, mungkin boleh bagi cadangan untuk pindahkan tapak funfair tu. atau buatla funfair di musim bukan raya. ni kali ke2 kami termasuk dalam kesesakan akibat funfair tu. untuk warga bentong plak, kalau boleh pindahkan tapak bazar ramadhan tu, lagi comey. agar tak mengganggu trafik orang yg nak balik kampung.. boleh tak agaknya?

semalam, bermulala era maidless.... hari ni, hari pertama anta anak3 ke nurseri. peh... 2 beg skolah, 2 beg pakaian, 2 hanger, 1 plastik kasut. malam ni camana plak skedulnya. yang pasti, dapurku akan kurang asapnya... huhu. harap2nya, bibik akan balik on time - 4/10.

okes, masih dalam mud rayakan? jemputla datang beraya kat umah ek..

Thursday, September 17, 2009

salam lebaran

salam semua... hari ni dah 27 ramadhan, AK masih kat ofis pagi ni, tapi memang dah mud raya yang amat. kweng kweng...

kami plan nak bertolak balik mache sebelum asar hari ni, dan tarikh balik semula ke kl, masih dalam perbincangan. tapi AK cuti seminggu

so, di kesempatan yang ada ni, AK nak ucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin.. pada yang balik kampung, yang raya kat kl, yang berjalan raya, semoga semuanya selamat. jumpa lagi

Wednesday, September 09, 2009

090909

nak jugak letak n3 hari ni. Sebabnya? 090909

takde apa yang menarik berlaku sehari 2 ni. Banyak projek tertangguh gitu dan banyak pulak projek dalam kepala ni. Harus letak dalam buku ni, agar menjadi impian.. hahaha. Macam wat projek la kan. Kena ada project schedule, kena ada budget, proposed solution dan seterusnya

okeh, nak masak apa agaknya untuk berbuka petang ni?? Semalam kami berbuka kat hotel melia, ikut ofis abe. Kiranya acara berbuka kat kedai pertama kami sekeluarga ramadhan tahun ni. Hari yang lain, home cooked meal. Hoye.

Tuesday, September 08, 2009

Anakku yang kecit dah 5 tahun… 4/9/09

Apa maknanya? rindu nak baby kecit lagi... hahaha

Hari Jumaat lepas, genapla usia Ikhwan Jemi 5 tahun. Tahun ni, saja AK order cupcakes instead of sebijik cake. Maklumla, bulan puasa ni tak sempat nak makan kek2 nikan? Since last minute decision, AK tanya kenkwan yang pernah order dan inilah hasilnya.

cupcakes utk ikhwan http://sofeacuppies.blogspot.com/2009/09/iza-from-cheras-order.html

Cuppies yang minis tu AK anta kat tadika. Tapi si ikhwan bagitau cikgu, dia puasa. Aisehman… so, dia sendiri tak dapat nak rasa mini cuppies tu. Tapi kami rasa yang super s tu, memang sodap.. tengkiu sofeacuppies. Siap ada free delivery lagi

Apapun, Selamat ulang tahun ikhwan najmi. Semoga besar jadi anak kebanggaan keluarga, bangsa dan negara…

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan almubarak

salam ramadhan almubarak pada semua.. semoga puasa dan ibadah kita lebih baik tahun ni. insyaallah. dan tak lupa, maaf zahir batin.

Kami patutnya nak balik kampung malam ni. tengah tunggu abe sampai dari perlis. tapi tengok keadaan jugak. kalau dia penat sangat, kami balik esok.

okeh, nak sambung packing.

Wednesday, August 12, 2009

12hb lapan 2 ribu 9

salam semua..

OO dah konfemkan pasal epal hijau dengan jus limau tu. cuma kita tambahkan dengan selawat, bacalah ya Hayyum, ya Qayyum dan tawakallah kepadaNya. minum sampai demam baik.

hari ni AK dapat satu lagi guna bunga lawang. caranya : Rendam bunga lawang dlm air masak selama 3 hari dan minum beserta dengan Bismillah & Selawat...

apa pun, malam tadi AK dan anak3 pegi klinik. ambik injection Influvac 2009. Kenapa tetiba ambik? ya lah dengan keadaan sekarang, nak jugak buat sesuatu walau mengikut kata dokter tu, dia hanya boleh bagi 83% protection. salah satu usaha la kan. Boleh ambik kat mana2 klinik. tapi kami ke pj sebab opeh abe memang dah ada arrangement untuk injection ni. kira kami jadi staff la malam tadi..

AK nak cerita lebih2, tak berapa pasti la pulak detail dia. tapi kalau anda sihat, tak elegik kat telur, umor lebih 6 bulan, boleh je ambik injection ni. harga dia bergantung pada klinik. yg AK pegi malam tadi, charge rm60 per person, kena q and tunggu turn. kalau kat klinik kita kat rumah AK, dia charge rm80, boleh walk-in je..

okeh, sambung lagi ek

Monday, August 10, 2009

100809

jumaat lepas, kami balik kampung... alhamdulillah, perjalanan pegi dan balik lancar.. penuh jugakla keta dengan rambutan, tembikai, cempedak... jemputla datang umah ek..

tadi ada terbaca email pasal penawar demam/H1N1 tu.. makanlah 6 biji epal hijau dan sebiji? limau setiap hari.... boleh dalam bentuk buah atau jus. ada sesapa boleh konfemkan?

Friday, August 07, 2009

bulan baru, azam baru

salam semua...
sajala nak war-warkan. hari sabtu ni ada meeting pasal franchais stokis cosway kat alamanda, putrajaya, jam 3 petang.. menarik i tell u

konsep dia, tiada yuran, tiada risiko, segalanya ditanggung syarikat (kecuali la bil tepon, bil internet, gaji pekerja), pelbagai sumber pendapatan dan yg best skali, kebebasan MASA dan kewangan

kalau ada yang berminat, let me know, ek. takpun, tolong sebar2kan pun ok..

timakasih

Thursday, July 30, 2009

nak jugak

nak jugak update walau sebaris... haha

weekend lepas AK join ecosway... tu yang letak link tuh. mabuk kan? ecosway la, nak kurus la.. lagi satu, AK tengah belajar menjahit. tapi dah dekat 2 bulan tak pegi kelas, boleh? kweng kweng kweng... banyak sangat projeknya

nanti AK letak gambar hasil2ku. rasa cam nak oder label sendiri je.. untuk kepuasan sendiri. ala2 beli kat kedai gitu. boleh tak?

okeh.. selamat berhari kamis semua

Saturday, July 25, 2009

ecosway

AK baru join e-cosway. so kalau sesapa nak tengok apa yang ada kat e-cosway, jemputlah ya

www.ecosway.com/home/MY081242 password dia izza1234

sekian, terimakasih

cerita hari sabtu

salam semua... kalau hari bekerja, boleh la nak kawal makan. tapi kalau kat rumah ni, mintak maap.

pagi tadi dah bekfes macam biasa, mihun goreng bibik dengan jemput2 durian atas permintaan abe. tengahari tadi, AK wat nasi kerabu + daging bakar + ayam goreng . skang ni, lompat tikam menunggu... hehehe. tak terkira dah kalorinya

tapi semalam, AK tak ambik pun JM5. Jiwa ada sedikit kacau. Apa yang kacau? Malas nak kenang2 benda yg tak best ni. Ingat nak hiburkan hati dengan pegi makan2. tapi disebabkan kurang korum, AK gi great eastern mall je dgn sam... gi sale aussino. sampai lupa nak makan. dah lepas asar, baru terasa lapar dan barula teringat nak makan. tu pun, ambik biskut wheatameal 4 kpg. malam pun, tak lalu tengok lauk. AK makan ikan sekerat je.. tapi yang bestnya, AK timbang berat pagi tadi, jarum tu dah dok diantara 2 nombor... hoyeee. tu yang rehat diet hari ni. kehkeh

so, sesapa nak rasa lompat tikam or nasik kerabu, seleke ke rumah deh...


Monday, July 20, 2009

kawal kalori anda

saja nak share info... pada yang nak cuba kurangkan berat badan, AK letak anggaran kalori setiap makanan yang kita nak ambik. info ni AK ambik hasil carian kat tenet ni jugak..

untuk yang ambik jusmate 5, kita kena kontrol agar tak lebih 1000kcal sehari. sebab tenaga lain tu, akan dibekalkan oleh jm5 yang bertindak membakar lemak2 dari badan kita. pada yang belum ambik jm5, AK tak pasti sangat keperluan kalori harian. tapi dalam 2800-3800kcal kalau tak silap... nanti kita update bila dah ada info

so, ejasla memana yang patut. kalau rajin, kita catat apa yang kita makan dalam sehari tu. dan kalau kita kenal memana pakar pemakan, senang kita nak tunjuk dan mintak nasihat.. tapi kalau dah catat tu, boleh jugak kita tengok kat mana kita terlebih or terkurang...

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
12. Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
13. Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
14. Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
15. Kuey Tiaw Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
16. sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
17. Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
9. Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
10. sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
11. Apple Pie - 1 piece - 260 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
11. Pasembur - 1 plate - 752 kalori
12. Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori

kategori minuman
1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
9.keju chedar 1 keping =58 kal
10. teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice)


camana? rasa2nya, berguna tak?

weekend lepas

mmm... tak produktif langsung weekend yang lepas.. terasa rugi yang amat bila dikenang2kan.. huuu... masa yang pergi takkan kembali dah..

hari baru, minggu baru, semangat baru....

Thursday, July 16, 2009

impian II

teruskan dengan impian2 yang ada... semoga impian2 itu akan jadi kenyataan... hoye

Wednesday, July 15, 2009

update 150709

saja nak update... beratku makin kurang 1kg++ lagi... alhamdulillah dan hoyeee...

Monday, July 13, 2009

130709

salam semua..
AK balik mache last saturday. balik ber2 dgn ikhwan. tapi balik ke kl ber3 dgn abe.. hehe. abe balik kelate dari perlis. jeles kita balik kappong la tu..

nikmatnya makan buah2 balik kali ni. sayang sungguh kakak dgn abang tak ikut. tapi abe dah janji nak balik lagi 2 or 3 minggu lagi. tunggu rambutan n cempedak masak. ada sesapa nak ikut?

pagi semalam AK gi pasar, cari barang2 untuk mami AK. lengang je. bestnya balik bukan musim orang balik kampung... tapi on d way balik kl, jem kat manek urai. meriah dgn poster. tapi AK tak sempat nak ambik gambar best pun, sbb guna kamera hp je. respon dia slow.

sampai kl dah dekat pukol 2. anak2 pun dah tido. tapi ada orang tu teringin nak makan durian lagi jam 2 pagi... kalau ada sesapa nak makan pulut durian hari ni, jemputla datang rumah malam ni ek.....

Friday, July 03, 2009

3 julai

happy birthday to me... semoga segala impian dan cita2ku jadi kenyataan... amin

Wednesday, July 01, 2009

1 julai

nak update azam list, tapi segan la pulak. haha

salah 1 azam ekceli nak turunkan berat badan.. punyala liat nak mula. AK start dengan mintak nasik separuh masa lunch dan dinner. dah ok dengan nasi separuh, AK ambik suku plak. tapi bila timbang, tak banyak perubahan kot. mungkin masa weekend atau kat rumah, payah nak kontrol. bulan 5 yang lepas, AK macam ternekad nak cuba makan produk apa2. memandangkan kaedah kurangkan makan ni dah berjaya jugak walau gramnya tak berubah... huhu. dulu AK ni, kalau tak makan nasik sehari, boleh kenaling jadinya. so, bila dah boleh ganti nasi dengan lauk tu, kira berjaya la jugakkan?

ish, lari tajuk plak.. bulan 5 lepas, AK cuba jus mate 5. tapi tak de la disiplin sangat. weekend je, hancor. breakfes, ambik cam biasa, cuma separuh je. nasi goreng ke, mee ke, kuih ke, biskut ke dengan secawan kopi. lunch tak makan nasi, ganti dengan jm5. pukul 3/4, AK ambik biskut 3/4 keping, boleh tahan sampai malam. sampai rumah pun, samada ambik lauk sikit2, atau apa2 wat alas perut. tapi yang penting, boleh kontrollah...

hasilnya, minggu ni belum timbang, tapi awal minggu lepas, AK dah kurang 3 kilos... hoyee.. kenapa tak de perubahan hujung minggu lepas? sebab terasa bersalah makan nasik beriani orang kawin hari ahad, dan hari selasa semalam, nasi beriani lagi orang belanja... keh keh.. tapi yang penting, gram tu maintain....

okeh, tu antara update azam tahun sudah2.... ada lagi... tapi lenkali ek. dah nak kol 2. karang takleh masuk blog pulak.. jumpa lagi

Monday, June 29, 2009

290609

dah pun 6 rejab... puasa tak ganti 2 hari lagi ni.. huhu

blog pun dah lama tak update.. tapi, bukan la perkara baru kan? haha. banyak cerita, tapi masa nak mengarang yang tak berapa nak banyak. kalau kat ofis ni, jam 1-2 je yang boleh masuk blog. kalau kat rumah tu, banyak pulak saingan dia.

AK loni dah boleh update list azam tahun baru 2008 & 2009.. haha. akhirnya boleh update.. nanti AK update ek.. jumpa lagi

Monday, June 15, 2009

sesi persekolahan dah mula

sessi persekolahan dah mula... waduh... susah bangat nak kejutkan ikhwan pagi tadi.. dah lepas mandi, pakai baju siap, boleh dia lepak je depan tv. rilek je.. aiseh

jalan pun jem bangat pagi tadi.... waduh waduh waduh. semoga semua kembali seperti sediakala..

Tuesday, June 09, 2009

9669

Happy birthday to abe... tahun ni, tarikh birthday abe masa kami kat terengganu.. jadinya, kek pun tak beli.. haha... anak3 pun, malu2 kucing nak wish ayoh happy birthday. Apa pun, semoga sehat sejahtera dan semua impian jadi kenyataan..

Monday, May 25, 2009

berjaya times square

percaya tak, AK tak penah g berjaya times square... huwa hahaha... tengahari tadi, buat pertama kali AK pegi.. dalam dok cari entrance ke parking, PONNNN ada orang hon. rupanya AK tak pandang kiri kanan, tempat patut benti, AK jalan terus.... pehhh... kenalin tak habih. marah nyonya tu.... dia pun laju gak, dan dia pun tengah cari entrance... huhu. walau pun AK nampak dia masuk gate 3 macam yang AK cari, AK rela gi cari gate 2... takut terserempak lagi.. pengajaran hari ni...

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA... walaupun kat tempat parking...

Wednesday, May 20, 2009

etika talipon

pagi semalam AK ajar ikhwan cara2 nak guna talipon dan nombor talipon AK & abe.. seronok sungguh dia menerai... tengahari semalam, balik sekolah je, ikhwan dah start talipon AK. setiap 5 minit.... alamak... dan dengan bangganya dia cakap dah ingat nombor mama, tak yah tengok kertas pun...

tengahari ni, balik dari sekolah jugak, dia talipon AK setiap 5 minit. AK soh la dia talipon ayoh plak. hehe... ayoh plak jadi mangsa. asik kena jawab talipon.. kalau kita tak angkat, kena sound nanti :)

kena ajar etika guna talipon plak. sebenarnya, AK nak biasakan dia hafal nombor talipon kami. kalau ada apa2, senangkan....

Sunday, May 17, 2009

selamat hari guru

moga tak terlambat untuk ucapan selamat hari guru pada semua guru2... jasamu kukenang. pada rakan2 yang dah jadi guru, tahniah... tak lupa pada ayoh AK, abang2 AK serta kakak2 ipar AK. meme keluarga gurulah... AK dengan adik je bukan guru. tapi guru jugak, guru kat umah...

SELAMAT HARI GURU...

Monday, May 04, 2009

cuti pendek ...

1 mei lepas, AK balik kampung dengan ikhwan.. dah lama tak naik airasia. rupanya dah ada seat no skang nih. dah takyah nak berebut. cuma, kalau nak dapat "hot seat", kenalah bayar extra. biasala tukan? AK balik KL hari ahad, dan surprisingly, kami selamat mendarat kat lcct 10 minit awal dari yang sepatutnya. jarang berlaku pada AK & airasia nih.. huhu

masa kat kampung sekejap sangat. nak beli buah pauh pun tak dan. AK cuma sempat gi ziarah anak sepupu AK yang baru dapat baby. kalau ikutkan pangkat, AK ni dah ada cucu skang ni... muhammad irfan syakir nama diberi. lahirnya, sehari selepas tarikh lahir m luqman syakir....

kamikan terpaksa tunda nak balik kampung sebab luqman ada pertandingan amali solat. dan bak kata abe, berbaloi la dia tunggu anak kat kl, sebab pasukan sekolah abang jadi johan. tahniah. berbaloi jugak ustazah belikan songkok baru.. huhu sekali lagi. tarikh untuk peringkat seterusnya tak pasti lagi. harap2 tak bertembung dengan apa2 rancangan kami yang belumpun dirangka apa2 lagi ni...

yang mesti ada dalam plan, nak bawak anak3 balik kg.. apa lagi ya

Friday, May 01, 2009

happy birthday

bulan 5 ni, bulan adik beradik AK dilahirkan. mula dengan poksu on the 1st may, ayoh long on the 7th may, akhir dengan ayoh ngoh on the 23rd may.. tu tak kira anak buah AK on the 9th may, erah on the 22nd may (betul kan)
so, selamat panjang umor untuk semua, dimurahkan rezeki, diberkati dan semua impian jadi kenyataan..

istimewa untuk poksu, semoga cepat dipertemukan jodoh... huhu..

Tuesday, April 28, 2009

myeg.com.my

salam... pernah tak guna service myeg ni? awal bulan lepas, road tax keta nak kena renew. Loan keta kat kelang. jauh tu nak gi ambik geran keta. masa tulah, agen naza tu rekomen guna servis myeg nih.. pada AK, memang mudah. paginya AK bayar insuran kat ofis. yalah, sebagai staff, dapatla 10% discount. kalau nak baya insuran kat myeg ni pun, boleh. sebelum lunch, AK dah setel dengan pendaftaran kat myeg. bayaran guna kad kredit. pukul 4 petangnya, AK dah dapat road tax baru. mudahkan? tapi AK masih kena arrangekan untuk ambik geran keta kat kelang dan update geran tu kat pejabat/kiosk myeg pasal roadtax renewal tu... apa2 hal, silalah lawati myeg.com.my

satu lagi, kami renew pasport bibik minggu lepas. pun mudah sebenarnya.. beberapa hari sebelumnya, kami ambik borang kontrak kerja kat kedutaan indonesia. dah isi borang, sain bagai, staff abe bawak bibik gi kedutaan. sebab majikan tak pegi, kami wakilkan dengan fotostat ic je. kat sana, boleh ambik gambar dengan bayaran 13rm untuk 3 keping kot (atau ikut keperluan kat sana). ramai jugak yang beratur. tapi dalam 2 jam dah siap dapat pasport baru dengan bayaran rm26 je dan akan berakhir 3 tahun lagi (2011)... kalau paspot malaysia murah camnikan bagus...

kesimpulannya, yang perlu untuk renew paspot ni
1. gambar
2. passport lama
3. borang kontrak kerja
4. duit rm26
5. bibik in person
6. majikan (optional)

lepas ni, nak renew permit kerja bibik plak.. ni yang dilema nih. asik nak cutiiii je semenjak suami dia ada kat kelang ni. kita dah bagi sebulan sekali, dia dok jugak mintak 2 kali sebulan. sakit la, suami sakit la, nak wat kenduri la, macam2 alasan.. dilema nih..

Sunday, April 26, 2009

AK

hari ni memang tade plan apa2. bangun pun lambat. anak2 mintak nasi goreng untuk bekfes. sonang tu.. lepas bekfes, dah masa untuk masak tengahari... haha bayangkan berapa lambat AK bangun. dan satu lagi, bibik cuti lagi minggu ni

lepas baca satu newspaper, sambung masak untuk lunch. ni yang dah boleh berblog ni. tapi mereka2 ni tak makan pun lagi. lepas dah masak lauk tadi, teringat kat akok kkedut erah. huhu... blog AK ni asalnya, Akok Kkedut la, my feveret. huhu.. nak komersial sikit, jadik adus kirana. AK surf for resepi. bahan2 semua ada, apa lagi. jadila akok yg tak berapa kkedut. AK wat guna sandwich maker je. pastu, resepi soh lletak 30g gandum. malas nak keluarkan timbang, AK belasah je secawan tepung.. hasilnya, akok yang tak berapa kkedut.. tapi rasa tu, adala rasa akok. :)

okeh, selamat berhari ahad semua...

Thursday, April 23, 2009

apa nak update

mm... apa nak update ye? nak letak gambar, tak jumpa kabel.. huhu.. biasa la kan. cari alasan.

weekend ni, plannya nak balik kampung. terpaksa tunda plak. kakak ada lawatan sekolah. ayoh nak tengok bola final secara langsung kat stadium. dah 39 tahun tunggu...

weekend depan, luqman ada pertandingan solat. wakil daerah hulu langat katanya. ada ke buat di hujung minggu yang panjang. tapi, sebagai sokongan pada anak & rakan2, kita tunda lagi nak balik kampung tu..

apa AK nak buat weekend ni, dan weekend depan ni. balik kampung sorang2?

Monday, April 13, 2009

mc

hari ni AK mc.. dah lama tak mc... dari semalam dah rasa sakit2 badan, sakit kepala. ingatkan terlebih tido :) tapi bila dah stat seram sejuk, AK telan panadol 2 biji malam tadi.. lepas tu, tido

pagi ni, rasa berat je kepala ni. terus sms kat bos kecit, cakap tak sehat, nak g klinik.. nak bangun memang tak larat. tapi AK bangun gaks, cuba makan roti, tapi takleh nak telan. AK paksa jugak makan sikit, sebab nak makan panadol lagi... lepas tu, sambung baring.. masa tu la dok terfikir, ya Allah, baru sikit nikmat makanan yang ditarik... syukur yang amat dengan apa yang telah Engkau kurniakan padaku selama ni... huhu...

lepas bangun tido, rasa ok sikit. takleh dilayan sangat ni. AK bangun mandi sikit2, gi klinik cari mc. Alhamdulillah, petang dah rasa ok. sempat masak bubur jagung lagi... huhu..

Tuesday, April 07, 2009

Happy Birthday Luqman


Luqman dah 8 tahun 5 April yang lepas... Yang bestnya, dia dah siap2 jemput kawan2 datang rumah tanpa royat ko AK dulu... huwa... Nasib baik disertai dengan ungkapan "takpe ma.. mama tak payah masak apa-apa. beli pizza dengan chiken wings je" fuh.. lega mama dengar.

Apapun, selamat ulangtahun Abang Luqman. Semoga besar jadi anak kebanggaan keluarga...

Friday, April 03, 2009

peralihan kuasa

saja ambik tajuk tu, sebab baru tengok kat buletin utama pasal peralihan kuasa... tu kat peringkat negara. kalau kat peringkat opeh, sibuk dengan peralihan carta organisasi.. huhu...

kalau minggu lepas sibuk sangat, minggu ni lega sikit. bulehla balik semayang maghrib kat umah. haha

hari sabtu lepas, pagi2, pegi antar luqman gi kem solat, gi sekolah ikhwan, gi econsave beli barang2 kering dan basah. petang, kami ke rumah pakcik AK, sempena majlis potong jambul cucu sulong dia kat bukit cheras. singgah rumah moksu kat ampang jap. lama kami tak ke sana.

hari ahad plak, gi kenduri kat kelang. meriah sungguh. lepas tu, kami terus ke alor star dari kelang. kakda, kakak ipar AK masuk spital sebab tekanan darah tinggi sangat. kami bertolak awal jugak, tapi adala perkara2 yang tak diingini berlaku kat dalam perjalanan tu. tapi perkara yang tak best ni, AK malas nak ingat sangat. dugaan la tu, kan? kami selamat sampai kat kmc dah jam 11 lebih. sedih tengok kakda masa tu. tapi agaknya dengan semangat makcik2, pakcik dan adik2 yang ada, kakda mintak nak makan. rupanya dia belum makan lagi.. dan bila ditanya nak makan apa esok, terus mintak lakse.. haha... semua tergelak. nasib baik tokey lakse ada skali. lepas tu, kami pegi makan ramai2. mahadir yang dah sampai dari hari sabtu, balik kl lepas makan tu. kami balik ke rumah kakda kat jalan teluk wanjah. dekat pukul 3, keluarga dari kelate plak sampai... tapi AK tak tunggu lama, terus ambik tempat, tido..

hari isnin tu, dokter wat angiogram, nak tahu kenapa tekanan darah susah nak turun. dah jam 2:45 baru nurse2 comey datang ambik kakda. kami tunggu kat bilik je sambil2 tengok apa2 cerita tengahari/petang yang menarik. kakak ipar dari penang pun ada jugak. alhamdulillah, keputusannya, cuma ada 1 saluran yang sempit yang dokter takleh nak konfem samada kejadian baru/azali dan 1 lagi saluran ada diselaputi. kolesterol la nikan? kakda cuma perlu makan ubat je. mmmm... kami balik kl malam tu. sampai rumah dah jam 4. tido sekejap sebelum bersiap pegi keja. nasib baik ada training pagi tu. takdela kena perah otak sangat.

bila dah umor makin meningkat ni, macam2 penyakit yang nak berkawan.. huhu... kena jaga kesihatan masing2 ni.. AK sendiri memang ada keturunan sakit kencing manis & darah tinggi ni. kata orang, lebih baik mencegah dari awal kan?

Friday, March 27, 2009

minggu sibuk

minggu ni, minggu sibuk... asik balik lambat je. lepas solat maghrib, baru balik rumah. pastu terkejar2 anta/ambik anak tuition dan ngaji. jadi, hari ni nak balik awal, boleh? bos takde kat sebelah ni. boleh la layan blog kejap

cuti sekolah minggu lepas, kami balik kampung 3 hari. sempat jugak tok ayah buat kenduri maulidul rasul. hari isnin, kami balik kl.

hari selasa keja cam biasa. tapi balik keja, ikut abe gi jb. dia ada keja kat sana. ya lah, ambik kesempatan cuti sekolah. AK memang patut cuti rabu tu, sebab nak bawak kakak jumpa skin specialist. tapi itu kita postpone dulu. :) tapi tak ke mana2 pun kat jb tu. cuma singgah tengok site abe kat utm skudai, pastu kami makan kat jusco skudai. pastu terus balik kl, sebab abe ada hal plak malamnya tu. ok la kan, dapat gak jejak bumi johor.

hari kamis & jumaat keja. sabtu & ahad pun keja sebab server down hari jumaat tu. ada pulak database corrupted. tapi hari sabtu pagi, sempat jugak bawak kakak gi jumpa dokter. hari ahad petang, sempat gi tengok ahli keluarga baru kat keramat, muhammad aqeel mikail (ya ke ejaan?) tahniah untuk yi, safiah dan seluruh ahli keluarga moksu.
balik keramat, singgah pasar keramat potong rambut anak2 teruna. sambil tunggu anak2, makan durian kat gerai sebelah.. pehhh. lepas tu, sempat lagi gi sogo atas permintaan anak2. hehe.. mak yang over kot. anak2 ajak gi klcc. tapi mak bodek gi sogo. haha. abe & ikhwan tak ikut, sebab dorang naik keta lain dan abe malas nak masuk kl
disebabkan hari sabtu anak2 makan kfc je untuk lunch & kue tiau ladna (yg tak berapa ladna) untuk dinner, hari ahad pagi, AK wat nasik dagang sebelum ke ofis... jadinya, save tenaga untuk lunch & dinner. bibik cuti weekend lepas...

minggu ni? sibukkkk memanjang. esok kena gi tengok perkembangan ikhwan kat tadika. luqman ada kem solat. lusa ada kenduri kat kelang. harap2nya, minggu depan tak la sesibuk minggu ni

jumpa lagi

Thursday, March 12, 2009

bahasaku

salam semua...
skang ni sebuk pasal isu bahasa. dalam dok kalut ulangkaji dengan anak2 sempena ujian sebelum cuti ni, tersedak jap tengok niteline. maklumla, nak soh bebudak belaja, tv kena tutup. mama kena ulangkaji sekali. hehe

perlu tak subjek sains & maths ni dalam bahasa inggeris? rasanya, pelbagai pendapat dah kita dengar. dan masing2 cuba jelaskan kelebihan dan kekurangan isu ni. terserah pada masing2. tapi pada AK sendiri, AK terasa susah nak memahamkan anak2 masa dok ulangkaji tu. itu kelemahan AK sendiri. masa kita terangkan, masing2 angguk. tapi bila kita twist sikit soalan, dia dah kalut. haha... maknanya, tak paham la tu. angguk ambik hati mama. ataupun, nak singkatkan sesi ulangkaji atau tak bagi mama bising.. rasanya, kalau berterusan camni, AK sokong kalau subjek2 ni, diajar dalam BM. agar anak2 ni lebih faham apa yang diajar... tapi, mesti ambik masa nak ejas balikkan?

hari ni, (kamis), keputusan SPM keluar. selain dari calon, mak ayah dan cikgu2 tak terkecuali berdebar2 nak tahu resultkan? AK tahu, ada kawan2 AK yang dah boleh lena malam ni sebab dah tahu hasil usaha anak2 didik memasing. kalau 2o tahun lepas, apa AK buat ya?

mmmm... malam nak dapat result tu, memang tak lena. semayang pun sujud lamaaa je...wirid dan doa pun panjaaaang je. hari keputusan kelua, dapat tahu menerusi talipon je. dah tahu dapat apa, baru la kecoh2 talipon kawan2, ajak gi ambik slip kat sekolah..

result masa zaman sekolah, bolehla eksen dengan anak3. tapi, zaman universiti, lecturer guna bahasa inggeris, belajar guna buku rujukan omputih, hampeh. subjek kalkulus yang dulu score je pun, boleh lingkup. jadi, biarlah rahsia.. hehe.. kalau kakak baca ni, habis pecah rahsia.. dah naik 3rd year, baru nak pick-up balik. macam dah terlambat, tapi takla terlambat sangat. alhamdulillah, Allah maha pemurah. dapat jugak kelas ke2, walau pun yg bawah je. jadi, kalau kakak baca ni, usaha tu, penting sangat. tak paham atau jawapan salah, tak bermakna kita tak pandai, cuma perlu latihan yang lebih, agar kita lagi faham... doa dan usaha tu, perlu seiring.

okeh, beria-iya update blog malam ni... esok, kalau takde aral, kami nak balik kampung. dah lama sangat tak balik. pastu pulak, ada kenduri kat kampung. patutnya ada kenduri sepupu abe kat sini, tak dapatla kami nak hadir yang kat sini.

ok sekali lagi, selamat berhujung minggu semua. pada cikgu, panjang la hujung minggu memasing ya.. jumpa lagi

Thursday, February 19, 2009

kk - february 2009

salam..

kami dah selamat balik dari kk dah lebih 2 minggu dah.. tapi belum berkesempatan nak cerita. perhaps, gambar2 akan lebih bercerita..


day1 :
sampai kk, lunch kat restoran sempelang, singgah solat kat masjid teluk likas dan menuju puncak... errr kaki gunung kinabalu. kami tido kat pine resort, kundasang





payah la letak banyak gambar... nanti tengok kat facebook ya


day 2:
pegi mandi manda kat poring hot spring, pegi rose garden & KK park. pepagi tu, menikmati pemandangan indah gunung kinabalu... pastu balik kk dan kami menginap di marina court, kat jalan api-api?







day 3:
pegi pasar filipina, pegi papar, melawat sutera harbour, dan jumpa kawan lama kat tanjung aru



day 4:
pegi snorkeling kat pulau manukan, pegi pasar basah - memang tak puas rasanya


day 5:
berkemas untuk balik...


nanti tengok gambar kat facebook ek... tapi jangan marah kalau belum upload...

Tuesday, February 03, 2009

aktiviti weeken lepas

salam...
weekend lepas, memang takde buat apa-apa plan.. biasalah tu kan? pepagi AK gi beli barang2 kat econsave. lauk2 dah beli kat pasar malam rabu lepas. jadi beli barang2 kering la plannya.. sebenarnya banyak plan kat kepala ni.. nak belaja wat roti la, nak wat piza la, kek la.. macam2 plan dengan kakak sambil cari2 resepi. sapa yang kena kacau tanya pasal bahan tu, sorilah ya... haha.. tapi, lepas masak tengahari, AK masak nasik impit, wat kuah kacang yang gagal hari tu... hehe... kali ni macam ok sikit la. cuma kacang tu hancur sangat dan abe cakap masin.. kalau ikut tekak AK, takdela masin. tapi memang macam ada yg kurang. agaknya sebab AK guna asam keping instead of asam jawa kot. ye ke?


hari ahad, memang melampau malas dia.. masak yang senang2 je. tapi udang tepungku jadi rebutan. tak sempat nak makan dengan nasi pun.. dorang makan cicah mayonis+cili sos je.. mmm.. lepas zohor, pegi kajang, anak buah AK baru pindah rumah. takde la tolong angkat barang, sebab dorang dah habis punggah barang.. hehe. tak membantu langsung.. lepas tu, pegi jusco kat rumah ni, makan mee clay pot sambil cari apa2 yang patut.


hari isnin, anak3 pegi sekolah. mama and ayoh lepak je kat rumah.. huhu... tengahari tu, ikhwan bagi cadangan nak makan bubur jagung setelah nampak jagung dalam tin.. sebagai mak yang suka makan, AK wat bubur jagung dalam tin tu. tapi abe request pengat pisang (lagi?). so, another round of pengat pisang. dah 3 weekend berturut2 kot, sebab kat kampung hari tu, ayoh AK pun request pengat pisang... cuma kali ni, AK tambah sagu supaya rupa dia lain sikit..


nampaknya, AK punya plan nak wat roti/bun/piza tu, kena pospon ke weekend lain plak. sesekali pikir, AK nak cari hobi yang tak mengakibatkan AK makan lah.... antara wish list item hari tu, nak kurangkan berat badan. tapi asik makan je... camno?








gambar kawah sugho sesudah habis acara menyenduk sugho...

Saturday, January 31, 2009

impian

hari selasa minggu lepas, AK pegi satu perjumpaan ni... AK cerita kemudian pasal perjumpaan tu, tapi AK nak share quote of the day masa perjumpaan tu. mungkin orang lain dah biasa dengar/baca, tapi AK nak jugak share kat sini..

"It's terrible to see, but unable to dream"

apa2 yang kita buat ni, harus bermula dari impian. angan2 pun takpe. tapi kita harus berusaha mencapai impian tu.. AK dah review my wish list for 2008, dan dah update jadi wish list 2009. list ape? AK simpan untuk diri sendiri je lah ya..

selamat berimpian...

Friday, January 30, 2009

30 january...

ulangtahun perkahwinan kami yang ke 11.. yuha

Friday, January 23, 2009

Aiseh

7 January lepas, AK hantar duit untuk anak bibik. Baru hari sleasa 20hb lepas bibik bagitahu duit tak sampai… aiseh. Cek punya cek, AK silap tulis nombor akaun… camana tu… Harap2 boleh dapat balik. Kena tunggu 10 hari lagi baru tahu camana. Sebab kalau ikut kata teller kat bawah, within 21 hari, kita akan dapat balik duit tu, kalau bank sana reject..

AK dah rehantar duit tu guna duit AK semalam. ya la, orang sana dok tunggu2kan? ada tak yang tahu pasal cara kiriman western union? lagi cepat katanya...

tu la kan, berhati2 di jalan raya, di mana2 jua... selamat balik kampung atau selamat pegi jalan2 sempena cuti 4 hari ni...

Thursday, January 22, 2009

cuti-cuti

Cuti tahun baru yang lepas, kami ikut abe g Cameron. Dia sepatutnya ada meeting hari jumaat tu, tapi kansel di saat akhir. Since anak3 dah excited nak pegi, kami teruskan niat nak pegi hari kamis tahun baru tu. Bertolak dari rumah dah lambat jugak, dah masuk waktu makan tengahari. Tapi sebab dah breakfast nasi lemak pada 1130, kami abaikan la masa makan tu. Sampai kat exit sungkai, kami singgah sungai klah hot spring. Saje survey2. kalau best, bleh buat rombongan cik kiah lenkali. Cuba jugak survey kot2 ada chalet available, tapi harap maklumla, semua penuh.

TRAP – Taman Rekreasi Air Panas @ Sg Klah Hot Spring
Kami sampai sana lebih kurang jam 2 ptg. Kena bayar rm10 untuk adult, rm8 untuk anak2 lebih 2 tahun. Lepas beli tiket, kami terus masuk. Kena jalan la sikit. Memula tu jumpa tempat untuk berendam air suam (hot spring pool). Punyala ramai orang. Anak3 memang takleh nampak air bertakung. Alergik agaknya. Terus nak masuk kolam. AK layan anak3, abe gi survey kawasan. Air takdela suam, sejuk je. Mungkin sebab cuaca tak panas, orang ramai sangat, air suam jadi sejuk (er… atau ada orang tambah air sejuk dalam tu? Eeee). Sepatutnya air suam tu memang dari mata air bawah tanah.

Abe balik dengan berita bahawasanya lepas beli tiket, kami boleh masuk parking kat dalam. Lagi dekat. Huhu… exercise la sikit tadi tu. Lepas hampir sejam, berjaya pujuk anak naik. Makan meehun bekal sikit sebelum kami ke kolam air gunung pulak. Patutnya takleh bawak masuk makanan, takleh guna pelampung, takleh pakai slipar dekat kolam dan macam2 takleh lagi. Kiranya kami curi2 makan dan guna jugak pelampung tangan untuk ikhwan. Takkan nak biar budak kecit tu masuk kolam camtu je… ada pakcik tiup wisel nanti kalau dia nampak.. huhu

Kat kolam ni (mountain spring pool) ni, ada big kraken yang mana buleh gelunsur masuk dalam kolam. Tapi air dia sejuk la plak. Anak3 seronok, abe join budak2, AK tunggu kat tepi je. Kena pujuk anak3 berkali2 lagi sebelum kami bertolak keluar kawasan pukul 5 lebih…

Ada lagi tempat yang kami tak pegi, tempat rebus telo, private pool, spa yang tutup, tempat refleksologi. Tapi tak rasa ralat sangat pun. Rasanya, kalau bertolak dari kl semata2 nak datang TRAP ni, rasa tak berapa berbaloi sangat baya tol.. hehe

Kami singgah kat R&R tapah. Semayang dan makan buah buat alas perut. Sampai kat century pines, tanah rata dah pukul 7. lepas maghrib, kami makan bekal nasi lemak tadi. Sepatutnya alas perut je, tapi agaknya dah lapar sangat, dah terlebih alas plak.. kami lepak kat bilik je. Hujan pun renyai2 kat luar. Nyaman je dok dalam selimut

Pagi esoknya, lepas breakfast, anak3 main air kat bath-tub sampai kol 12 lebih tengahari. Sorryla, rumah kami takde bath-tub ni. Hehe.. lepas check-out, niat di hati nak g kea farm, nak cari choc strawberry, tapi kami singgah kasimanis farm yang lebih dekat, makan aiskrim strawberry je… lepas tu singgah bee-farm. Takde apapun.. jam masa ni dah pukul 3 lebih, kami terus je balik, takde singgah dah sampai tapah.

Kami berenti makan nasi ayam kat r&r tapah dan terus balik kl. Ada lori buah terbalik, maka kami berenti skali lagi kat r&r sungai buloh untuk semayang maghrib. Pastu dah sampai btho, anak3 nak mcdonald… jadi, mama takyah prepare dinner… hahaha..

Rasanya, cuti sekolah kali ni, walau AK takde cuti sangat untuk bawak anak jenjalan, tapi Allah bagi rezeki kot lain plak. Balik kampung untuk raya haji, balik kg masa cuti deepavali, krismas, ikut abe meeting kat terengganu, Cameron, singgah TRAP mandi air suam/sejuk.. tula, rezeki Allah tu, dalam pelbagai bentuk.. Cuma kita yang kenkadang terlupa kan?

Weekend ni, kami nak balik kelate, balik kacau suro… Anyone? Jom balik mache

Sunday, January 18, 2009

update ckit

dah pun tengah bulan.. banyak nak update, banyak pulak keja awal2 tahun ni.

semalam, hari sabtu, sunyi je rumah... ikhwan demam sejak jumaat.. melepek je.. mama pun tak leh buat apa2 sangat.. tapi sempat jugak wat nasi kerabu... hehe. anak tido, mama pun tido. cover yang malamnya takleh tido sangat

hari ni, dia dah ok.. dah tak panas... dah bising balik dah rumah. AK sempat wat laksam sikit. dengan pengat pisang. semalam dah buat pengat ni, tapi ada permintaan lagi. sebab pisang keras sikit semalam..

bising tu bukan apa. bila adik demam, semua orang ikut apa dia nak. bila nampak adik dah ok, memasing mula la menyakat adik... tu la kan

AK akan balik kampung weekend nih.. dah ada cuti extra ni, nilah masanya nak balik kampung. hari sabtu, kalau takde aral, tok ayoh nak kacau sugho.. jom, balik kampung kacau sugho...