Friday, March 27, 2009

minggu sibuk

minggu ni, minggu sibuk... asik balik lambat je. lepas solat maghrib, baru balik rumah. pastu terkejar2 anta/ambik anak tuition dan ngaji. jadi, hari ni nak balik awal, boleh? bos takde kat sebelah ni. boleh la layan blog kejap

cuti sekolah minggu lepas, kami balik kampung 3 hari. sempat jugak tok ayah buat kenduri maulidul rasul. hari isnin, kami balik kl.

hari selasa keja cam biasa. tapi balik keja, ikut abe gi jb. dia ada keja kat sana. ya lah, ambik kesempatan cuti sekolah. AK memang patut cuti rabu tu, sebab nak bawak kakak jumpa skin specialist. tapi itu kita postpone dulu. :) tapi tak ke mana2 pun kat jb tu. cuma singgah tengok site abe kat utm skudai, pastu kami makan kat jusco skudai. pastu terus balik kl, sebab abe ada hal plak malamnya tu. ok la kan, dapat gak jejak bumi johor.

hari kamis & jumaat keja. sabtu & ahad pun keja sebab server down hari jumaat tu. ada pulak database corrupted. tapi hari sabtu pagi, sempat jugak bawak kakak gi jumpa dokter. hari ahad petang, sempat gi tengok ahli keluarga baru kat keramat, muhammad aqeel mikail (ya ke ejaan?) tahniah untuk yi, safiah dan seluruh ahli keluarga moksu.
balik keramat, singgah pasar keramat potong rambut anak2 teruna. sambil tunggu anak2, makan durian kat gerai sebelah.. pehhh. lepas tu, sempat lagi gi sogo atas permintaan anak2. hehe.. mak yang over kot. anak2 ajak gi klcc. tapi mak bodek gi sogo. haha. abe & ikhwan tak ikut, sebab dorang naik keta lain dan abe malas nak masuk kl
disebabkan hari sabtu anak2 makan kfc je untuk lunch & kue tiau ladna (yg tak berapa ladna) untuk dinner, hari ahad pagi, AK wat nasik dagang sebelum ke ofis... jadinya, save tenaga untuk lunch & dinner. bibik cuti weekend lepas...

minggu ni? sibukkkk memanjang. esok kena gi tengok perkembangan ikhwan kat tadika. luqman ada kem solat. lusa ada kenduri kat kelang. harap2nya, minggu depan tak la sesibuk minggu ni

jumpa lagi

3 comments:

che ann said...

fuyooo..baca tulisan tu pun anak mata ann mcm dah sibuk jugak he he...

muhammad akil mikhail namanya..hmmm 'auntie ann' pun tak sempat upload lagi gambar dia dlm blog...

jumpa kat kelang nanti...

ayie's said...

che ann salah tuh...
sebernarnya nama dia
MUHAMMAD AQIL MIKAIL BIN AZRI JOMIZA...
apa lah mak sedara dia ni....

aduskirana said...

haha.. ok la tuh.. bunyi dia betul doh tu. ann & yie, kak iza takleh nak masuk blog u all lagi la.. rano tu?