Thursday, March 12, 2009

bahasaku

salam semua...
skang ni sebuk pasal isu bahasa. dalam dok kalut ulangkaji dengan anak2 sempena ujian sebelum cuti ni, tersedak jap tengok niteline. maklumla, nak soh bebudak belaja, tv kena tutup. mama kena ulangkaji sekali. hehe

perlu tak subjek sains & maths ni dalam bahasa inggeris? rasanya, pelbagai pendapat dah kita dengar. dan masing2 cuba jelaskan kelebihan dan kekurangan isu ni. terserah pada masing2. tapi pada AK sendiri, AK terasa susah nak memahamkan anak2 masa dok ulangkaji tu. itu kelemahan AK sendiri. masa kita terangkan, masing2 angguk. tapi bila kita twist sikit soalan, dia dah kalut. haha... maknanya, tak paham la tu. angguk ambik hati mama. ataupun, nak singkatkan sesi ulangkaji atau tak bagi mama bising.. rasanya, kalau berterusan camni, AK sokong kalau subjek2 ni, diajar dalam BM. agar anak2 ni lebih faham apa yang diajar... tapi, mesti ambik masa nak ejas balikkan?

hari ni, (kamis), keputusan SPM keluar. selain dari calon, mak ayah dan cikgu2 tak terkecuali berdebar2 nak tahu resultkan? AK tahu, ada kawan2 AK yang dah boleh lena malam ni sebab dah tahu hasil usaha anak2 didik memasing. kalau 2o tahun lepas, apa AK buat ya?

mmmm... malam nak dapat result tu, memang tak lena. semayang pun sujud lamaaa je...wirid dan doa pun panjaaaang je. hari keputusan kelua, dapat tahu menerusi talipon je. dah tahu dapat apa, baru la kecoh2 talipon kawan2, ajak gi ambik slip kat sekolah..

result masa zaman sekolah, bolehla eksen dengan anak3. tapi, zaman universiti, lecturer guna bahasa inggeris, belajar guna buku rujukan omputih, hampeh. subjek kalkulus yang dulu score je pun, boleh lingkup. jadi, biarlah rahsia.. hehe.. kalau kakak baca ni, habis pecah rahsia.. dah naik 3rd year, baru nak pick-up balik. macam dah terlambat, tapi takla terlambat sangat. alhamdulillah, Allah maha pemurah. dapat jugak kelas ke2, walau pun yg bawah je. jadi, kalau kakak baca ni, usaha tu, penting sangat. tak paham atau jawapan salah, tak bermakna kita tak pandai, cuma perlu latihan yang lebih, agar kita lagi faham... doa dan usaha tu, perlu seiring.

okeh, beria-iya update blog malam ni... esok, kalau takde aral, kami nak balik kampung. dah lama sangat tak balik. pastu pulak, ada kenduri kat kampung. patutnya ada kenduri sepupu abe kat sini, tak dapatla kami nak hadir yang kat sini.

ok sekali lagi, selamat berhujung minggu semua. pada cikgu, panjang la hujung minggu memasing ya.. jumpa lagi

4 comments:

WRA said...

bagi aku bahasa tu tak de la mainkan peranan sangat tapi cara mengajar tu yg penting...:D

aduskirana said...

setuju.. ingat lagi miss aziz.. kelas yg ditunggu2 sokmo

Eramli said...

bagi aku kita tak perlu nak campur adukkan pelajaran bahasa ngan pelajaran lain. Jadi kalau nak perkasakan BI, concenterate on that subject.

aduskirana said...

aku pun sero gitu jugok