Monday, September 28, 2009

salam syawal

salam syawal semua... cuti raya kali ni, memang bes.... cuti panjang katakan.

kami dah tiba kat kl dari ahad pagi. seawal 2.08 pagi di bandar tun hussein onn. kami bertolak selepas maghrib hari sabtu memandangkan deretan keta2 yang tak putus2. haha. lepas 15km dari mache, kami terpaksa masuk dalam barisan jugak... rupanya ada funfair kat kuala krai.. lepas tu, perjalanan lancar. kami cuma berenti kat r&r gua muse & gombak untuk ke toilet. yuha. okla kan. 6 jam perjalanan di musim raya

untuk warga kuala krai, mungkin boleh bagi cadangan untuk pindahkan tapak funfair tu. atau buatla funfair di musim bukan raya. ni kali ke2 kami termasuk dalam kesesakan akibat funfair tu. untuk warga bentong plak, kalau boleh pindahkan tapak bazar ramadhan tu, lagi comey. agar tak mengganggu trafik orang yg nak balik kampung.. boleh tak agaknya?

semalam, bermulala era maidless.... hari ni, hari pertama anta anak3 ke nurseri. peh... 2 beg skolah, 2 beg pakaian, 2 hanger, 1 plastik kasut. malam ni camana plak skedulnya. yang pasti, dapurku akan kurang asapnya... huhu. harap2nya, bibik akan balik on time - 4/10.

okes, masih dalam mud rayakan? jemputla datang beraya kat umah ek..

No comments: