Friday, April 03, 2009

peralihan kuasa

saja ambik tajuk tu, sebab baru tengok kat buletin utama pasal peralihan kuasa... tu kat peringkat negara. kalau kat peringkat opeh, sibuk dengan peralihan carta organisasi.. huhu...

kalau minggu lepas sibuk sangat, minggu ni lega sikit. bulehla balik semayang maghrib kat umah. haha

hari sabtu lepas, pagi2, pegi antar luqman gi kem solat, gi sekolah ikhwan, gi econsave beli barang2 kering dan basah. petang, kami ke rumah pakcik AK, sempena majlis potong jambul cucu sulong dia kat bukit cheras. singgah rumah moksu kat ampang jap. lama kami tak ke sana.

hari ahad plak, gi kenduri kat kelang. meriah sungguh. lepas tu, kami terus ke alor star dari kelang. kakda, kakak ipar AK masuk spital sebab tekanan darah tinggi sangat. kami bertolak awal jugak, tapi adala perkara2 yang tak diingini berlaku kat dalam perjalanan tu. tapi perkara yang tak best ni, AK malas nak ingat sangat. dugaan la tu, kan? kami selamat sampai kat kmc dah jam 11 lebih. sedih tengok kakda masa tu. tapi agaknya dengan semangat makcik2, pakcik dan adik2 yang ada, kakda mintak nak makan. rupanya dia belum makan lagi.. dan bila ditanya nak makan apa esok, terus mintak lakse.. haha... semua tergelak. nasib baik tokey lakse ada skali. lepas tu, kami pegi makan ramai2. mahadir yang dah sampai dari hari sabtu, balik kl lepas makan tu. kami balik ke rumah kakda kat jalan teluk wanjah. dekat pukul 3, keluarga dari kelate plak sampai... tapi AK tak tunggu lama, terus ambik tempat, tido..

hari isnin tu, dokter wat angiogram, nak tahu kenapa tekanan darah susah nak turun. dah jam 2:45 baru nurse2 comey datang ambik kakda. kami tunggu kat bilik je sambil2 tengok apa2 cerita tengahari/petang yang menarik. kakak ipar dari penang pun ada jugak. alhamdulillah, keputusannya, cuma ada 1 saluran yang sempit yang dokter takleh nak konfem samada kejadian baru/azali dan 1 lagi saluran ada diselaputi. kolesterol la nikan? kakda cuma perlu makan ubat je. mmmm... kami balik kl malam tu. sampai rumah dah jam 4. tido sekejap sebelum bersiap pegi keja. nasib baik ada training pagi tu. takdela kena perah otak sangat.

bila dah umor makin meningkat ni, macam2 penyakit yang nak berkawan.. huhu... kena jaga kesihatan masing2 ni.. AK sendiri memang ada keturunan sakit kencing manis & darah tinggi ni. kata orang, lebih baik mencegah dari awal kan?

3 comments:

IKHWANI said...

kalu umor koho banyok ni gak, tubuh pong dok lenguh lektu, lekni....dok semeta, lengoh poho, keno belunjur, pah lengoh mugo laing pulok dih?

tahu sangat tapi gak, dok lagu tu jugok - pah nok wak ranos tu??? hehehehehe...makae sedak sokmo!

Eramli said...

betul..betul..betul...minggu lepas aku rasa mengah sangat rasanya yang diet dulu dah abih naik semula.. jadi minggu lepas sedar diri sikit, beli DVD excersice.... baru dua kali try.. itupun sapa part warm up jah.. hee..heee.

aduskirana said...

huhu... diri ini pun sesungguhnya masih gagal nak mengawal nafsu makan... exercise tu, buleh pulak kawal... langsung tak wat