Saturday, January 31, 2009

impian

hari selasa minggu lepas, AK pegi satu perjumpaan ni... AK cerita kemudian pasal perjumpaan tu, tapi AK nak share quote of the day masa perjumpaan tu. mungkin orang lain dah biasa dengar/baca, tapi AK nak jugak share kat sini..

"It's terrible to see, but unable to dream"

apa2 yang kita buat ni, harus bermula dari impian. angan2 pun takpe. tapi kita harus berusaha mencapai impian tu.. AK dah review my wish list for 2008, dan dah update jadi wish list 2009. list ape? AK simpan untuk diri sendiri je lah ya..

selamat berimpian...

Friday, January 30, 2009

30 january...

ulangtahun perkahwinan kami yang ke 11.. yuha

Friday, January 23, 2009

Aiseh

7 January lepas, AK hantar duit untuk anak bibik. Baru hari sleasa 20hb lepas bibik bagitahu duit tak sampai… aiseh. Cek punya cek, AK silap tulis nombor akaun… camana tu… Harap2 boleh dapat balik. Kena tunggu 10 hari lagi baru tahu camana. Sebab kalau ikut kata teller kat bawah, within 21 hari, kita akan dapat balik duit tu, kalau bank sana reject..

AK dah rehantar duit tu guna duit AK semalam. ya la, orang sana dok tunggu2kan? ada tak yang tahu pasal cara kiriman western union? lagi cepat katanya...

tu la kan, berhati2 di jalan raya, di mana2 jua... selamat balik kampung atau selamat pegi jalan2 sempena cuti 4 hari ni...

Thursday, January 22, 2009

cuti-cuti

Cuti tahun baru yang lepas, kami ikut abe g Cameron. Dia sepatutnya ada meeting hari jumaat tu, tapi kansel di saat akhir. Since anak3 dah excited nak pegi, kami teruskan niat nak pegi hari kamis tahun baru tu. Bertolak dari rumah dah lambat jugak, dah masuk waktu makan tengahari. Tapi sebab dah breakfast nasi lemak pada 1130, kami abaikan la masa makan tu. Sampai kat exit sungkai, kami singgah sungai klah hot spring. Saje survey2. kalau best, bleh buat rombongan cik kiah lenkali. Cuba jugak survey kot2 ada chalet available, tapi harap maklumla, semua penuh.

TRAP – Taman Rekreasi Air Panas @ Sg Klah Hot Spring
Kami sampai sana lebih kurang jam 2 ptg. Kena bayar rm10 untuk adult, rm8 untuk anak2 lebih 2 tahun. Lepas beli tiket, kami terus masuk. Kena jalan la sikit. Memula tu jumpa tempat untuk berendam air suam (hot spring pool). Punyala ramai orang. Anak3 memang takleh nampak air bertakung. Alergik agaknya. Terus nak masuk kolam. AK layan anak3, abe gi survey kawasan. Air takdela suam, sejuk je. Mungkin sebab cuaca tak panas, orang ramai sangat, air suam jadi sejuk (er… atau ada orang tambah air sejuk dalam tu? Eeee). Sepatutnya air suam tu memang dari mata air bawah tanah.

Abe balik dengan berita bahawasanya lepas beli tiket, kami boleh masuk parking kat dalam. Lagi dekat. Huhu… exercise la sikit tadi tu. Lepas hampir sejam, berjaya pujuk anak naik. Makan meehun bekal sikit sebelum kami ke kolam air gunung pulak. Patutnya takleh bawak masuk makanan, takleh guna pelampung, takleh pakai slipar dekat kolam dan macam2 takleh lagi. Kiranya kami curi2 makan dan guna jugak pelampung tangan untuk ikhwan. Takkan nak biar budak kecit tu masuk kolam camtu je… ada pakcik tiup wisel nanti kalau dia nampak.. huhu

Kat kolam ni (mountain spring pool) ni, ada big kraken yang mana buleh gelunsur masuk dalam kolam. Tapi air dia sejuk la plak. Anak3 seronok, abe join budak2, AK tunggu kat tepi je. Kena pujuk anak3 berkali2 lagi sebelum kami bertolak keluar kawasan pukul 5 lebih…

Ada lagi tempat yang kami tak pegi, tempat rebus telo, private pool, spa yang tutup, tempat refleksologi. Tapi tak rasa ralat sangat pun. Rasanya, kalau bertolak dari kl semata2 nak datang TRAP ni, rasa tak berapa berbaloi sangat baya tol.. hehe

Kami singgah kat R&R tapah. Semayang dan makan buah buat alas perut. Sampai kat century pines, tanah rata dah pukul 7. lepas maghrib, kami makan bekal nasi lemak tadi. Sepatutnya alas perut je, tapi agaknya dah lapar sangat, dah terlebih alas plak.. kami lepak kat bilik je. Hujan pun renyai2 kat luar. Nyaman je dok dalam selimut

Pagi esoknya, lepas breakfast, anak3 main air kat bath-tub sampai kol 12 lebih tengahari. Sorryla, rumah kami takde bath-tub ni. Hehe.. lepas check-out, niat di hati nak g kea farm, nak cari choc strawberry, tapi kami singgah kasimanis farm yang lebih dekat, makan aiskrim strawberry je… lepas tu singgah bee-farm. Takde apapun.. jam masa ni dah pukul 3 lebih, kami terus je balik, takde singgah dah sampai tapah.

Kami berenti makan nasi ayam kat r&r tapah dan terus balik kl. Ada lori buah terbalik, maka kami berenti skali lagi kat r&r sungai buloh untuk semayang maghrib. Pastu dah sampai btho, anak3 nak mcdonald… jadi, mama takyah prepare dinner… hahaha..

Rasanya, cuti sekolah kali ni, walau AK takde cuti sangat untuk bawak anak jenjalan, tapi Allah bagi rezeki kot lain plak. Balik kampung untuk raya haji, balik kg masa cuti deepavali, krismas, ikut abe meeting kat terengganu, Cameron, singgah TRAP mandi air suam/sejuk.. tula, rezeki Allah tu, dalam pelbagai bentuk.. Cuma kita yang kenkadang terlupa kan?

Weekend ni, kami nak balik kelate, balik kacau suro… Anyone? Jom balik mache

Sunday, January 18, 2009

update ckit

dah pun tengah bulan.. banyak nak update, banyak pulak keja awal2 tahun ni.

semalam, hari sabtu, sunyi je rumah... ikhwan demam sejak jumaat.. melepek je.. mama pun tak leh buat apa2 sangat.. tapi sempat jugak wat nasi kerabu... hehe. anak tido, mama pun tido. cover yang malamnya takleh tido sangat

hari ni, dia dah ok.. dah tak panas... dah bising balik dah rumah. AK sempat wat laksam sikit. dengan pengat pisang. semalam dah buat pengat ni, tapi ada permintaan lagi. sebab pisang keras sikit semalam..

bising tu bukan apa. bila adik demam, semua orang ikut apa dia nak. bila nampak adik dah ok, memasing mula la menyakat adik... tu la kan

AK akan balik kampung weekend nih.. dah ada cuti extra ni, nilah masanya nak balik kampung. hari sabtu, kalau takde aral, tok ayoh nak kacau sugho.. jom, balik kampung kacau sugho...