Tuesday, December 30, 2008

cuti krismas + awal muharam

salam semua..
AK balik kampung rabu lepas... sejak mami tak sihat ni, kalau ada cuti yg panjang2 ni, memang kami balik kampung. malam tadi kami sampai kl

kat kelate loni, memang redup+hujan. nyaman je kalau aktiviti hibernasi tu. kalau nak pasang kipas pun no 1, tak pasang pun nyaman... maknanya kami tak kemana sangat.

hari kamis tu, sampai mache pukol 4 pagi. ada jemputan breakfast kat rumah abang AK, tapi kami pegi lunch.. hehe.. makan nasi kerabu ayam percik sedap... baliknya, singgah pasar borong mache yg dah takde orang, beli ubi keling.. balik tu, rebus ubi nyum2...

hari jumaat plak, umi buat tahlil, makan nasik dagang sedap... anak3 tanak balik, dah jumpa kawan kat sana. so, AK balik sorang2, buat apa2 yg patut kat rumah.

hari sabtu, tak gi memana lepas balik pasar, sebab tunggu dokter datang rumah. tapi AK wat butir nako kaler pink. masak sendiri, makan sendiri je. ikut kata dokter, luka kat kaki mami nampak bertambah ok. alhamdulillah... semoga mami makin ok

hari ahad, umi datang rumah. ada pulut ikan kering je masa tu. tapi abe wat balik siput kemarinnya, makanya gulai siput la hari ahad tu. yummeh... petangnya pegi setelkan urusan bank, renew insuran+road tax keta merah. pastu pegi rumah mok sekejap. dapat minum teh kow mok hari ni

hari isnin, AK dgn abe breakfes nasik berlauk kak moh. haha. anak3 bangun lambat, sebab tido lambat. so, kami keluar ber2 je pepagi. lepas breakfes, g cari macam2 ubi untuk bawak balik kl kat pasar minggu kat kedai pulai chondong. lepas tu, balik ambik anak3. ingatkan nak g kutip lada putik n timun batang fresh kat rumah che ma. tapi di sebabkan hujan, kami ambik yg dia dah kutip... hari ni dapat makan ketupat nasi dgn sambal best... pastu, che ti bekalkan popia kecik sedap n karipap kecik sedap. sampai rumah mache, abe kait buah kelapa plak wat bekal.

tula... kalau balik kampung ni, memang takleh nak lari dari makan dan makanan... wa.... camana nak capai azam tahun 2008/1429 untuk turunkan berat???

apapun, selamat menyambut tahun baru 1430 dan 2009... semoga segala azam jadi kenyataan

Monday, December 22, 2008

check list nak bukak sekolah

saja AK nak listkan apa perlu buat ujung2 tahun ni.. sebagai panduan tahun depan... hehe

yg dah setel
1. check anak masuk kelas mana
2. beli buku tulis n buku latihan
3. uniform/baju sukan - terpaksa beli, sebab saiz dah lain beb
4. beli kasut/stokin/bag
5. alatan tulisan/lukisan
6. register adik kat tadika 1st step. dah beli baju dan separuh yuran ;) semangat member nak gi sek.. wa cakap lu. dah takde dah takut kat cikgu ju

outstanding
1. konpem dgn pakcik bas
2. jahit lencana/name tag
3. balut buku tak habis lagi
4. buku read easy & bacalah anakku adik. yg kakak/abang dulu, dah sedekah kat sek (ilang la tu)
5. yuran sek adik yang belen

tunggu bukak sek
1. bayar yuran sek agama & sek keb
2. oder name tag utk abang. dah teruk sangat penangan klorox
3. buku teks abang - termasuk kena balut
4. beli buku teks n buku tulis sek agama - pastu kena balut la jugak

ada apa lagi ya? err... sempat ke ni?
penin jugak ya bila dah 3-3 nak g sekolah ni. ini pun ada yang outsource kat bibik. wahahaha

Friday, December 19, 2008

post update

happy 10th birthday to kakak.. 17/12/2008


Tuesday, December 16, 2008

update ringkas

1- selamat balik ke mache dan selamat kembali ke kl
  • dapat jumpa mami n dedi
  • dapat makan nasik kerabu aye percik yati (sebungkus share 4 beranak)
  • dapat rasa sata kelate - tapi sedap lagi satar batu rakit
  • dapat menunaikan ibadah korban

2- dapat jumpa roomate masa final year & housemate masa 3rd year thru facebook - peh.. last sekali jumpa masa konvo 1995 kot

3- nanti sambung lagi

Thursday, December 04, 2008

teganung kito

salam semua...

hari ahad lepas training, kami bertolak ke batu rakit, teganung... tu la, Allah tu maha mengetahui. baru je AK dok sebuk sebut2 nak g teganung, tapi takde cuti. tup-tup AK kena gi training 5 hari last week, dari hari rabu ke ahad. maka dapatla cuti 2 hari. pastu plak, abe ada meeting kat teganung, apa lagi, jom pegi main air.. air laut... air hujan... air banjir. tak kesah la

hari isnin tu, memang hujan sepanjang hari. keluar makan pun dalam hujan lebat tengahari tu... tengok pantai dari dalam keta je. cuma petang tu kami pegi main ombak sipi-sipi dari tepi...

pagi selasa, hujan dah reda, sambung lagi main ombak dan pasir sebab kolam tutup.. sebab dikhuatiri air kolam tak terjamin kebersihannya.. kesian anak3.

petang selasa, lepas abe meeting, kami balik kl.. tak sempat nak melawat mana2 pun, cuma sempat makan satar, otak2 n kepok lekor fresh... nyum nyum... ada sesapa tahu tempat jual satar best kat kl tak? itula kali pertama kami makan satar kot. menyesal tak penah rasa nak makan sebelum ni...

rabu? dah keja balik dah..

aiseh... apsal takleh nak letak gambar ni... nanti kita cuba lagi pasni ya

Friday, November 28, 2008

keja

salam semua..
akhirnya berjaya tenet setelah sekian hari... mace tak biasa..

AK tengah training ni, dah 3 hari dah dari hari rabu. 2 more days to go... sampai hari ahad. huhu

okeh, sambung pah ni

Wednesday, November 19, 2008

anugerah bintang

cuti2 sekolah ni, AK takde spesifik program untuk anak3. kesian jugakkan. sehari 2 ni, asik call AK kat ofis je, mengadu itu ini..



so, malam tadi AK pinjam idea wanha, buat sistem bintang. AK buat jadual harian, sapa yang ikut, dapat bintang, sapa nakal, gaduh, tolak bintang. dah cukup 25 bintang, boleh claim rm5 atau bleh carry forward untuk dapat lebih rm.. ok tak? pagi tadi, masa kejut solat subuh, takde masalah.. tadi call pun, masih ok lagi. tapi kakak dapat extra masa guna pc sbb awe d bagi dia punya slot. hehe. ok la tu, asal tak gaduh2.



dan satu lagi, awe g dah setuju nak g sekolah. yuhaa. sebab ayoh janji bagi hadiah kalau dapat no 1. tu yang dia semangat nak g sekolah. bila kita tanya adik dah ada baju sekolah ke belum, jawapan dia, takpe... abang punya masa kecik kan dah ada... haha.. save bajet mama..



ada plan yg menarik tak untuk anak2 musim cuti ni? kongsi la

Tuesday, November 18, 2008

madagascar

malam tadi, sebagai memenuhi permintaan anak, kami gi tengok madagascar.. kat tgv jusco kat umah ni, pukul 9.30. best citer dia. tapi ada ke si awe d samakan AK dengan si gloria, especially tang bulat n jalan gelek dia tu?? apapun we had a good time together. tapi si awe g tu, biasala. orang tengah syok tengok citer, dia nak g toilet la, nak komen2 pasal lampu projector la, pasal orang depan, nak makan kek, etc... alahai... member tak paham citer, terpaksala reka citer sendirikan...

ok, AK nak g keja ni.. bebai

Saturday, November 15, 2008

hari anugerah kecemerlangan 2008

salam...
hari anugerah kecemerlangan.... AK cuma merasa naik pentas sebab akademik ialah masa darjah 6 tahun1983, habis mrsm/spm tahun 1988, dan habis um tahun 1995.. hahaha.

tapi AK rasa bangga dengan anak2, sebab seawal tadika dah merasa naik pentas ambik sijil. memang rasa banggalah sebagai ibu ni, walau anak hanya ambik sijil peningkatan, yg dikira berdasar peratusan peningkatan dalam tahun tu. yg mana anak tak semesti dapat no 1, 2 atau 3. macam hari ni, bergetar jugak rasa bila nama anak di sebut dalam dewan sekolah.. kesian mami n dedi AK dulu ek.. awe d cemerlang hari ni. kakak tolong ambik gambar je.. takpe, kakak kena usaha lagi. esok ada hari anugerah untuk kafa plak. awe d dapat lagi..

semoga anak3 AK terus cemerlang, di dunia dan akhirat.. amin

Wednesday, November 12, 2008

katun

penah tengok katun hagemaru kat chanel ceria tak? hahaha.. AK first time tengok tadi selepas berebut chanel dgn awe goneng pukul 8 tadi.. yg mana dia la menang. tergelak besar tengok citer tu. kurang sopan sungguh rasa masa tu.. hahaha skali lagi

p/s font kaler oren/merah ni, awe g yg pilih... macam kaler bunga ros

Saturday, November 08, 2008

julung2 kali skali lagi

salam...
male ni AK dapat pc tanpa gangguan lagi... yuhaa..

tengahari tadi, AK tera masak ayam & ikan percik... yuha.. berjaya la jugak walau luqman komplen tak cukup kuah percik tu. kira ok la untuk first timer... yuha skali lagi. gambar? sorilah tak menarik. kena improve dulu, baru bleh ambik gambar.

petang tadi, bibik minta cuti bermalam, nak gi tido kat rumah kongsi kawan dia. berdebar2 jugak nak kasi. almaklum la, ni kali pertama. dia dah penah plan nak cuti, tapi keluar pagi, petang balik, nak pegi jalan2 dengan kawan dia. tapi dah 2 kali plan tak jadi. kiranya hari ni ni, impian bibik jadi kenyataan la kot. dia siap salam dan peluk2 AK lagi. ishk... risau pulak. takleh jadi kebiasaan ni. betul tak?

tahun ni, merupakan tahun ke 4 nak masuk ke 5 bibik keja dengan kami. tu la kan.. bila dah mula ada henfon, mula ramai kawan.. ish, malas nak pikir yang negatif ni. jadi doa la pulak kan? semuga Allah melindungi kami sekeluarga dan bibik.. amin

Friday, November 07, 2008

julung2 kali

salam semua..
julung2 kalinya AK dapat tv, notebook, internet seawal pukul 9:30.. hahaha.. anak3 semua dah tido, abe keluar tadi dan enol belum balik.. tapi, bosan la pulak.. huwa.. sesungguhnya manusia ni tak pernah nak puas..
erghhhh

Tuesday, November 04, 2008

gegaran

29/10
hangatkah hari anda hari ni?? Tu soklan yang biasa AK dengar masa balik keja dari stesen panas. So AK nak jawab… kurang hangat.. AK jatuh bedebuk kat tepi jalan masa nak keja teksi.. huhu… sakitnya sikit je, tapi malu yang lebih. Tak perasan dah masa tu, orang ramai ke tak. Tak tengok kiri kanan dah, bangun dan terus masuk teksi. Pastu, gelak sakan dengan kawan AK.. memang la tak sakit masa tu, tapi dah petang bawa ke malam tu, dah rasa sakit satu badan.. maklumla, benda berat kena gegaran sikit pun, terasa.

30/10
mak ai.. terasa dah kesan gegaran semalam. Terutama kat bahagian kaki

31/10
iskh, boleh bertahan ke?

1/11
AK g urut badan. Tapi kata si tukang urut, bukan sebab jatuh. Banyak angin dalam badan. Tapi lebam-lebam la badan di kerjakan. petang tu rasa tak larat semacam. rasa nak tidoooo je

2/11
ajak adik beradik, sedara dekat2 datang umah..syiok makan ramai2 nih. Lupa kejap sakit kaki. hehe

4/11baru kurang sakit2 badan AK. Alhamdulillah.. Allah bagi ujian sikit pun, dah kecoh… huhu

kalendar cuti 2009

salam semua..
julung2 kali dapat update blog. ni pun kat opis. intenet kat umah tu tengah sakit, wayar talipon berserabut. dah ada kontraktor dtg repair, tapi tak abis repair...

takpe, ni AK saja nak letak tarikh2 cuti tahun 2009 untuk kawasan KL & sekitarnya sebagai panduan. kot2 nak ambik peluang mas low fair yang akan berakhir 7hb ni .. :)

Tahun Baru Cina- 26/27 Januari – isnin & selasa
Hari wilayah – 1 feb – ahad & isnin
Thaipusam- 8 Febuari - isnin
Maulidul Rasul- 9 Mac - isnin
Cuti sekolah - 14-22 Mac
Wesak- 9 Mei - sabtu
Cuti Sekolah - 30 mei - 14 jun
Israk Mikraj- 20 Julai – isnin (kita cuti ke)
Awal Ramadhan- 22 Ogos – sabtu (kita tak cuti pun kat kl ni)
Cuti sekolah - 22 - 30 Ogos
Hari merdeka - 31 Ogos
Hari Raya puasa- 20/21 September (Ahad) – ahad, isnin, selasa
Deepavali- 17 Oktober - sabtu
Raya Haji- 27 November - jumaat
Awal Muharram- 18 Disember.. – jumaat
Krismas – 25 dis - jumaat
Cuti sekolah - 21 nov - 2 jan 2010

cepat, plan cepat...

Thursday, September 25, 2008

salam syawal

dah masuk hari ke 25 hari ni kita berpuasa. macamana? bagi diri AK, banyak masa yang masih tak di manafaatkan sepenuhnya... ada 5 hari je lagi...

kalau ikut perancangan, kami akan balik petang esok atau lepas maghrib esok. dan kembali ke kl 5 hb nanti. tu baru perancangan, Allah juga yang menentukan.

selamat menyambut aidil fitri.. semoga semuanya selamat. maaf zahir batin

Wednesday, September 24, 2008

awe goneng's birthday!



awe @ ikhwan najmi celebrated his 4th birthday last september 4th... dah besa anak mama. tapi nak g sekolah bila dah dajah 6. nak start puasa bila dajah 6... duhhhh

Thursday, September 04, 2008

Salam ramadhan

Ramadhan dah masuk hari ke 4.. apa yang dah tercapai? Huhu….

Salam ramadhan al mubarak pada semua. Belum terlambat rasanya untuk memohon ampun dan maaf. Semoga kita berjaya memaximumkan ibadah kita… amin

Semoga dengan keberkatan bulan ramadhan ni jugak, mami AK akan bertambah baik. Amin…

backdated post 2 : mami...

salam semua...

Mami AK skang ni berada di HUSM, KK. Sebelum tu, dia ada kat pusat rawatan kencing manis Care4u atau cure4u kat Chicha untuk merawat luka kat ke2-2 tumit dan belakang badan.. nanti AK letak gambar.. ngeri jugak sebab dokter dah korek tumit mami sampai ke bahagian tulang tumit tu.

Minggu lepas, lepas maghrib hari isnin, mami dihantar ke husm, sebab tekanan darah yang begitu rendah. terkejut takleh nak cerita la masa abang AK cerita pasal keadaan mami masa tu. dah takleh nak keja dah. AK mc. AK balik kg tengahari selasa sampai khamis. Anak2 tak bawak, sebab taktau keadaan mami camana. Kebetulan plaks, abe memang ada keja kat terengagnu hari tu. dia pun ikut balik, naik bas dari kt. dah nampak mami stabil sikit, kami balik kl hari kamis malam.

Lepas keja hari jumaat, kami balik lagi. kali ni, bawak anak3 sekali.

Selain doa ke hadratNya, itu je yang AK mampu buat untuk mami. Hari Sabtunya, mami dah keluar dari ICU ke wad biasa. Alhamdulillah.. syukur. Semalam plaks, dah ke wad untuk rawatan kencing manis plaks. Semoga keadaan mami akan bertambah baik.

back-dated post 1: cuti sekolah

AK patutnya update dengan gambar, tapi tak sempat..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cuti sekolah dah pun berakhir… rasanya AK gagal memanafaatkan sebaiknya cuti yg lepas.. terasa rugi betul.

15/8 : kami bertolak balik lepas kerja, dan tiba kat mache jam 2 pagi. Rumah sunyi sepi, takde penghuni. Mami masih kat klinik

16/8 : singgah kat joh, tengok persiapan kenduri, singgah makan tengahari kat rumah adikma dan terus ke Cure4u, kat Chicha dengan anak3 tengok ma. Lepas maghrib, bertolak balik ke joh untuk majlis akad nikah

17/8 : pepagi lagi pegi ziarah pakcik AK yg uzur. Lepas tu g Chicha, tengok mami & jemput dedi untuk g kenduri. Petang tu, sambil nak anta dedi balik ke Chicha, singgah ziarah kat umah pakcik AK sorang lagi yg baru kematian mertuanya. Dapat bekalan durian 2 biji :) Sampai kat Cure4u, dah maghrib. Lepas makan dan rehat2 sekejap, pegi checkin kat hotel. Pehh… balik kampung, tido hotel. Hehe.

18/8 : lepas breakfast, AK terus ke Cure4u. Sempat la jumpa dgn prof dr aziz yg merawat kaki mami AK. Lepas tu gi ambik anak2 dan check-out. Bawak dedi AK pegi pakar kulit plaks, ini dah kali ke 3 dia pegi. Kalau tak ok jugak, tu, AK soh pegi klinik lain plaks. Sambil tunggu dedi, kami lunch kat Hover.. boleh tahan jugak. lepas anta dedi, singgah kat rumah umi, singgah mache ambik barang dan bertolak balik kl…

19/8 : pegi keja cam biasa

20/8 : umi & gang tiba

21-22/8 : pegi keja cam biasa

23/8 : pegi pd.. yahoooo..

24/8 : balik btho, lepak2 je. Makan malam pun, masak sardin je

25/8: pegi keja cam biasa… kejap je kan masa seminggu berlalu

Monday, August 11, 2008

yahu.. dah lulus

tapi bak kata abe, it should be, alhamdulillah, dah lulus... hehe... terkena tadi

hari ni AK ponteng keja, g ambik peksa untuk jadi agen insuran petang tadi. dan alhamdulillah, AK passed. berkat ulangkaji dgn anak3 kot :)

AK sebenarnya masih mencari arah.. ini mungkin salah satu percubaan, langkah pertama AK. kalau ikutkan, AK lebih suka pada penulisan wasi dan ilmu2 yg berkaitan. mungkin langkah seterusnya kot. buat masa ni, takde gang la.. ada sesapa berminat? boleh gang..

ok, jumpa lagi

Wednesday, July 23, 2008

hi hi

saje letak gambar anak3. nak update tak sempat...

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

wah... boleh update blog kat ofis hari ni
Pada AK, ucapan ni bukan hanya untuk mereka yang bergelar guru/pensyarah, tapi pada semua.. apa taknya, kalau kita ni kakak, mesti kita pernah ajar adik2, kalau kita ni sahabat, kita mungkin pernah kongsi ilmu kita. Kalau kita ni mak atau ayah, anak2 adalah murid-murid kita. Dan begitulah seterusnya… (mentang-mentang takde programmer’s day.. nak jugak join sekaki)

AK begitu tertarik dengan sajak allahyarham usman awang kat tv1 pagi tadi. Begitu juga ingatan dari dr fazillah kamsah kat tv3 untuk sentiasa mendoakan guru-guru kita dan semua yang telah berkongsi ilmu dengan kita. Mudah-mudahan ilmu itu akan menjadi lebih berkat

Pagi tadi, AK dok belek2 address/contact list kat henfon AK. Takde satu pun nombor bekas guru2 AK yang ada…. Sedih pulak. Jadi, AK hantar je ucapan pada kawan2 dan saudara2 dan guru-guru anak2… kalau ada yang tak terima, anggapla post ni pengganti sms..

Anak2 pun sebuk mintak dibelikan hadiah untuk guru memasing. AK dah janji weekend ni nak belikan. Minggu depan ada sambutan hari guru kat sekolah. Itu jelah antara yang mampu kita lakukan untuk balas jasa guru2 ni. Tak ternilai dan tak terbalas..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

(Dipetik dari sajak GURU OH GURU karya Allahyarham Usman Awang
AK terima sms ni, dari cikgu tadika luqman dulu

I can appreciate coffee without susu,
nights without lampu,
curry without lembu,
burger without keju,
but not school without guru!!
Happy Teacher’s Day to all of u

Thursday, May 15, 2008

singgah kejap

barula dan nak tulih.. tapi nak tulih apa ya?


minggu ni, minggu periksa. anak nampak rilek je, mak hok lebih :)


baca entry OO pasal fokus tu, memang setuju sangat. kena praktis nih..


minggu ni anak2 still gi ngaji, sebabnya, kalau dok rumah pun, takde la nak ulangkaji mana. lebih baik dorang gi ngaji. Kami anta kat surau kat taman sebelah. ustazah sekolah agama dorang yang ajar. mak nak ajar sendiri, tak cukup ilmu lagi.


biasanya, sebelum tido, AK ulangkaji mana yang termampu dengan kakak. luqman memang tak kesah nak periksa ke, apa ke, kalau dah cukup time, dia selamba masuk bilik tido... tapi malam tadi, beria dia nak ulangkaji sains, sebab kalau tak dapat A, cikgu marah.. hah?


esok ada periksa pendidikan seni. cikgu dah bagi tajuk siap2. kebetulan 2-2 pilih tajuk yang hampir sama... kita dulu ada ke camni? tapikan, bila nak ajar anak2 ni, mak kena buat ulangkaji jugak. darjah satu pun dah ada sains?


ok, selamat berhujung minggu.. AK ada jemputan kenduri hampir setiap hujung minggu starting this week sampai habis cuti sekolah.. hehe... nanti kita ps gambar


ni AK letak gambar masa balik kampung bulan lepas... singgah makan mee kampung pek, tapi kat sempadan pulai chondong - bukit china. sebenarnya ada 2 pinggan besar mee. tapi bila yg ke2 sampai, tak sempat nak ambik gambar. sebuk nak menjamu selera plak


Thursday, May 08, 2008

sepanjang april 08

Salam semua…
Update? Banyak nak update.. Cuma skarang ni lagi banyak cabarannya. Kat ofis dah takleh nak buat, dah kena blocked. Kat rumah? Banyak masalah lain. Hehe
Okeh, AK buat summary untuk bulan 4 ya

3/4/08 - kakak eksiden kat ruang tamu rumah!!! kena 2 jahitan kat dahi











5/4/08 – Beday awe donde aka luqman s






AK buat mini birthday party untuk luqman tahun ni. Tu pun last minit punya plan. Alhamdulillah semua berjalan lancar. AK limitkan luqman untuk jemput 5 orang kawan. Hasilnya hampir 15 orang bebudak kot, termasuk kawan2 kakak yang datang buat projek kajian tempatan dan abang adik kawan luqman.. hehe

lepas ambik gambar ni, tambah 3 budak lagi yang datang lambat

kek kaler pink sebab nak kek aiskrim yg ada 3 rasa.. belasah je lah

8/3/08
Al-fatihah.. pakcik AK yang kemalangan tempohari telah pulang kepadaNya. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya
WRE771 yang ditunggu dah tiba…

11/4/08 – balik kampung.. yeay!
Walaupun balik hujung minggu je, alhamdulillah. Dapat pegi ziarah makcik AK yang masih terkejut dengan pemergian suami tercinta.. Tapi Allah lebih menyayangi pokcik kar

17/4/08 – luqman ada sukaneka. Tapi kami tak pegi. AK dah takde cuti. Abe plak ada meeting kat Ipoh hari tu.. sian dia takde orang ambik gambar dia menang no 1 acara yang dia masuk L

26/4/08 - bukan baby AK ya... inilah nur afiqah.. anak kawan ofis AK..











27/4/08 – kakak ada sukan kat stadium bolasepak cheras.





Setelah hampir 3 minggu praktis untuk pemilihan, ponteng sekolah agama, kecoh sapa nak hantar pegi sekolah, akhirnya hari yang ditunggu pun tiba. Kakak takleh tido malamnya. Belum pukul 7 dah sedia nak ke sekolah… Layan jelah.
Kakak masuk acara 4 kali 200m dan saringan untuk 200m. tapi apakan daya, ada yang lari lebih laju. Kesian kakak. Anak2 ok, AK yang rasa nak demam, kena panas kat stadium

30/4/08 – balik kampung lagi.. yeay.. yeay!

tu je kot setakat ni. nanti AK sambung lagi


p/s AK berjaya buat e-filing tahun ni. senangnya..

Wednesday, April 23, 2008

e-filing

hari ni dah 23/4, ada 7 hari lagi. AK baru nak cari cara-cara nak buat e-filing. sebagai plan B, AK prepare la jugak borang manual. :)

tahun ni bersemangat sikit. sebab AK baru dapat balik cukai terlebih bayar dari mula AK stat declare pendapatan, tahun 1998 ke, 1999... kiranya efisen la jugak. AK call pada 19/12/07 untuk tanya prosedur. terus pegawai tu masukkan dalam sistem. takyah tulih surat pun. katanya ambik masa 1 ke 2 bulan. akhir bulan 1 AK call lagi... rupanya belum ada tindakan.. tup-tup, dapat surat bertarikh 9/4/08 mengatakan sukacita permohonan dalam proses.. minggu lepas, dapat lagi surat bertarikh 14/4/08 yang ada cek kat dalam tu.. fuyooo.. alhamdulillah... walaupun jumlahnya kurang dari jumlah yg diberitahu bulan disember lepas..

okeh. AK nak update lagi. tapi nak tengok borang ni dulu ya,,, hingga ketemu lagi

Wednesday, April 02, 2008

Macamana...

Macamana nak tempah no pendaftaran keta

Hari ni, AK nak kongsi pengalaman kat JPJ pagi tadi. Sebelum ni, AK memang tak ambik tahu sangat pasal no keta ni. Keta AK dan abe yang lepas2, semua ada yang tolong uruskan. Maklum la, dulu abe ada saing kat jpj wilayah ni.

Pagi tadi AK gi jpj wilayah kat setapak. Malam tadi buat appointment dengan kak intan yang AK kenal masa gi Beijing tempohari. Katanya hari ni, no tukar dari wrd ke wre. Kira hari pertama, banyak pilihanla sikit…

Apa yang kita perlu
1. Isi borang tempahan no.

2. lampirkan salinan ic

3. naik ke tingkat 2, pegi kat pintu 7

4. masa tu, bolehla semak nombor yang masih belum dibeli lagi

5. dah pilih nombor dan tiba giliran, kena semak kat system plak. Kalau ok, nombor yang biasa, rm210, kalau yang cantik sikit rm350. kalau yang lagi cantik, kena masuk tender.

6. Kalau tak kesah nombor apa, abaikanlah langkah2 di atas… heheh

Pagi tadi, AK takyah ambik nombor, sebab ada kawan kat situ. Kejap je, dah setel.

Tapinya, ada masalah lain plak. runner yang cik abe berurusan sebelumnya pun berjaya dapatkan nombor jugak. Tapi dia charge rm500!! Tu dia. Modal rm210 je. Untung lebih 100% Taktahu la macamana abe setelkan. Dah check dengan jpj, memang takleh kansel kalau dah baya. Hopefully, boleh bayar modal je kat runner tu.. hari tu runner tu bagitau lambat lagi dapat, kami plak nak cepat. Pastu, no tak cantik plak tu. :P Ada sesapa nak WRE625?

Pengajaran :
* kalau dah mintak tolong orang buat, pastu tetiba nak buat sendiri, kansel dulu. Kalau tak, biar dia buat sampai sudah

* buat sendiri lagi mudah…. Dan murah … hehhee

Tuesday, April 01, 2008

1 april

hari pertama bulan april ni, biasa dikaitkan dengan april fool. seingat AK, masa kat sekolah dulu, memang selalu terkena, mengena pada tarikh 1 april ni. masa tu, takpaham kenapa, tapi ikut je. agaknya takut ketinggalan zaman. tapi lepas dah dapat email pasal permulaan tarikh ni disambut, rasa semacam je.

okeh.. mami AK takde perubahan besar, cuma ikut kata dedi, kaki kiri boleh gerak sikitttt. alhamdulillah. tangan memang belum lagi. insyaallah, berkat doa semua, mami akan bertambah ok. sekarang ni, dia masih boleh makan makanan lembut, tapi kena bangunkan dialah masa makan atau minum. takut terlekat/tersekat atau masuk ke paru-paru.. ada bibik yang jaga, walau hari-hari gaduh dengan bibik ni.. AK rasa kena cari bibik baru kot, sebelum terjadi kejadian yang tak diingini. adala perangai bibik ni yang tak best sangat. tapi buat masa skarang, memang dia jelah yang ada boleh tolong mami AK... :(

makcik AK pun dah keluar dari icu, hari selasa minggu lepas. kiranya dekat 10 hari dia kat icu. pakcik dah klua dari hospital hari rabu sebelum cuti maulidur rasul lagi. anak sepupu AK pun ok. rahang yang retak tu, akan baik sendiri, sebab dia baby lagi... alhamdulillah, syukur padaNya.

okeh, nanti update lagi

Friday, March 28, 2008

malam tadi

malam tadi sambil baring2 nak tunggu mata lelap,

awe goneng : ma.. adik rindu kat bibik la
AK : bibik mana
ag : bibik sundirah la
AK : rindu? bibik kan ada kat bilik sebelah
ag : ya la... adik sayang kat dia
AK : hah? mama?
ag : sayang jugak.....
AK dalam hati : apa la yang awe ni nak bagitahu sebenarnya

ada idea?

pening....

kepala AK ni, dok pusing dari petang semalam. lepas tu ok. pagi tadi, pusing balik. nak kata lapar, dah makan nasi goreng 2 sudip :) kalau dah ada perasaan macam ni, mulala nak makan makanan manis2..

AK pegi jumpa dokter sementara kepala masih berpusing tu. tapi kata dokter, ok jer. tekanan darah ok, takde nampak pucat. mungkin kurang rehat atau kurang tido... ya ke? pregnant? tak kot, sebab baru lepas menses. ada ambik apa2 ubat? takde.. atau mungkin hormon tak stabil, bukan berat ideal.. oopsss. kesimpulan dari pertemuan dengan dokter tadi, AK kena rehat, dapat ubat untuk bantu peredaran darah, vit E dan AK kena exercise dan kurangkan 15kg dari berat skang. huwaaa...


Wednesday, March 19, 2008

update ckit

sebenarnya banyak nak update, tapi seperti biasa waktu amat terhad sekarang... cumanya AK mintak kenkawan doakan agar :

1. mami AK akan kembali sehat - dia kena minor stroke last week. kiranya ini serangan ke2. bahagian badan sebelah kiri takleh gerak. tapi dia masih boleh makan yg lembut/berkuah, cakap yang masih boleh difahami sikit2. AK balik sekejap je hari sabtu malam lepas. insyaallah, malam ni nak balik lagi...

2. makcik dan pakcik AK juga kembali sehat - mereka terlibat dalam kemalangan jalanraya kat jln pengkalan chepa hujung minggu lepas. setakat semalam, makcik AK belum sedar. pakcik patah peha kanan. sepupu AK dan anak2, alhamdulillah selamat. sepupu AK kena 17 jahitan kat dalam mulut dia

AK tahu ini adalah sebahagian dari ujian Allah untuk makhluknya. doakan juga agar kami tabah dan redha dengan ujian ini.....

jumpa lagi

Friday, March 14, 2008

cerita lepas pilihanraya


keputusan PRU12, semua dah tahu.. kejutan2 di banyak tempat, tsunami2 yang melanda.. pada AK, keadaan ni bagus, sebagai pengajaran pada pihak2 yang begitu selesa, begitu yakin.

pada yang dah menang, bolehla mula bekerja balik untuk rakyat, bolehla mula realisasikan janji2 pilihanraya yang lepas. pada yang kalah, hidup harus di teruskan. kalau memang nak berbakti pada rakyat, tak perlu tunggu ada jawatan... bukan gitu?

balik kampung yang lepas, rasa meriah macam nak raya.. perjalanan kami, takde halangan sangat, mungkin sebab kami bertolak awal, jam 3 petang kamis, dari rumah. pagi jumaat, AK gi pasar, lauk pauk, santan, semua habis. dengar cerita, jjalo mah bertolak jumaat 9 malam dan sampai pasir puteh 11 pagi sabtu.... pehhhh. kami balik kl hari isnin pun, ok. cuma asik dok belakang lori yang berderet-deret....

okeh, kalau AK sempat, AK update lagi... kisah duit claim, pengalaman g mengundi.. jumpa kawan lama.. post mortem dengan dedi AK.. tunggu ya

Thursday, March 06, 2008

update pilihanraya

semalam dah klua kat paper, pengunaan dakwat khas masa mengundi nanti dah ditarik balik.. mmm rugi je dakwat tu. kena pikir apa nak buat dengan dakwat2 tu nanti. jadinya, bolehla kalau sesapa nak pakai cutex masa gi mengundi. AK plak, rasa nak update inai di jari ni....
AK balik kampung tengahari ni. nak menambahkan kemeriahan suasana berkempen. AK rasa macam nak jugak ikut abe pegi memana. masa tahun 2004, AK tengah pregnantkan ikhwan. takde lah nak mengekor sangat :)

semalam jugak, AK terima surat dari paklah. hahaha.. ada kawan AK dapat surat dari KJ, sms dari shahrizat, dan lain lain lagi.. komen cik abe, kalau ada vaucher minyak untuk balik mengundi, ok jugak.. hehe. itu dah macam politik wang pulak.

sebenarnya, AK memang ahli umno sejak layak mengundi rasanya. cukup umur je, ayah AK dah daftarkan. kali ni, dah kali ke 4 kot AK nak gi mengundi. AK ni, memang dikelilingi orang yang menggemari politik dari kecik sampai skarang. cuma AK je yang tak suka politik. terlalu banyak yang harus dicurigai. ayoh AK dari zaman sokong pas, umno baru, umno, semua ada. tuptup, cik abe pun nak mengaktifkan diri jugak. AK cuma kat belakang je lah.. cumanya, jangan kerana politik, kita sampai tak bertegur sapa dgn jiran tetangga, sahabat taulan.

ok la, tu pendapat memasing. marilah kita keluar mengundi beramai-ramai 8 mac nanti. undi sapa? undilah wakil yang dirasakan sesuai... bukannya undi parti atau pakatan mana. yang pasti, undi adalah rahsia....

selamat mengundi dan pada yang balik kampung, selamat balik kampung. kita jumpa lagi

Monday, March 03, 2008

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12 - part 2

kat sini AK letak beberapa Q&A pasal pilihanraya ambik dari Sumber :
http://www.spr.gov.my/index/faq.htm


Q:Apakah yang melayakkan untuk seseorang keluar mengundi?

A:Seseorang warganegara Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih SPR dan namanya terdapat dalam Daftar Pemilih.


Q:Bagaimanakah seseorang pemilih boleh mengetahui tempat mengundi yang betul untuknya?

A:Pemilih boleh menyemak dari laman web SPR di alamat www.spr.gov.my, menghubungi Ibu pejabat SPR , Pejabat Pilihan Raya Negeri atau SMS pada waktu yang dikhususkan.

Q:Kenapakah terdapat sesetengah pusat mengundi mempunyai beberapa saluran ?

A:Pusat mengundi mempunyai beberapa saluran mengundikerana menampung jumlah pengundi berdaftar yang ramai dikawasan tersebut dan bagi melicinkan proses pengundian. Lazimnya setiap satu saluran diperuntukkan tidak lebih daripada 700 pengundi.

Q:Bilakah bermulanya waktu membuang undi?

A:Secara keseluruhan masa untuk mengundi bagi kebanyakan tempat mengundi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Walau bagaimanapun, bagi kawasan pedalaman terdapat beberapa tempat mengundi yang dibuka lewat dan ditutup lebih awal mengikut waktu yang diumumkan oleh SPR.

Q:Apakah dokumen yang perlu di bawa untuk membuang undi?

A:Dokumen yang diperlukan ialah sama ada Kad Pengenalan My Kad, KPT dan Kad Pengenalan Plastik Biru. Selain itu pemilih juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang boleh digunakan sebagai bukti pengenalan diri ialah :• Pasport Malaysia Terhad• Pasport Malaysia• Lesen Memandu yang bergambar• Kad kuasa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan gambar pemegangnya.

Q:Pemilih telah mengetahui nombor saluran tetapi kenapa perlu menyemak semula di barung SPR ?

A:Pemilih tidak perlu menyemak di barung sekiranya telah memperoleh nombor saluran. Beliau hendaklah terus ke saluran yang berkenaan.

Q:Adakah SPR menyediakan saluran khas di tempat mengundi untuk warga tua, orang cacat dan wanita mengandung?

A:SPR menyediakan saluran khas untuk warga emas iaitu saluran I. Manakala bagi wanita yang mengandung dan pengundi cacat, Ketua Tempat Mengudi diberi kuasa untuk memberi keutamaan kepada mereka untuk membuang undi.

Q:Orang ingin mengundi tetapi namanya telah di tanda sebagai telahpun keluar mengundi?

A:Beliau tidak boleh mengundi.

Q:Adakah seseorang boleh menggunakan kad pengenalan orang lain untuk mengundi?

A:Tidak dibenarkan.

Q:Sekiranya seseorang tidak dibenarkan membuang undi, di manakah beliau sepatutnya membuat laporan ?

A:Laporan boleh di buat di Balai Polis berdekatan.

Q:Bolehkah orang mengundi bagi pihak orang lain?

A:Tidak boleh, walau bagaimanapun dalam kes tertentu seperti orang buta warisnya boleh membantu untuk mengundi dengan syarat warisnya perlu mengisi Borang 10 terlebih dahulu.

Q:Kenapa penggunaan pen tidak dibenarkan untuk menandakan kertas undi ?

A:Penggunaan pen dibenarkan tetapi bagi memudahkan pengundi maka disediakan pensil di tempat mengundi.

Q:Jika seseorang pengundi telah menandakan kertas undi sehingga di luar petak undi, adakah kertas undi tersebut diterima ?

A:Kertas undi tersebut boleh diterima selagi niat pemilih untuk memilih calon pilihannya adalah jelas ditanda didalam petak yang dikhaskan..

Q:Bolehkan orang yang mendaftar di Sabah dan Sarawak tetapi beliau bermastautin di Semenanjung memohon mengundi secara pos ?

A:Tidak boleh kecuali mereka yang tertakluk di bawah peraturan 3(1)(a)-(f), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Pengundian Pos ) 2003.


sebagai tambahan,

Jangan cat kuku hari 8 mac tu, bagi memudahkan mencalit dakwat pada hari mengundi. pakai malamnya atau keesokan hari. tapi inai still boleh pakai

Majlis Fatwa Kebangsaan telah membenarkan penggunaan dakwat itu yang tidak melanggar hukum syarak.
Dari segi cara penggunaannya, kerani kedua di tempat mengundi akan mencalit dakwat itu pada kuku atau jari telunjuk tangan kiri selepas identiti pemilih dipastikan oleh kerani pertama.
Kerani ketiga pula akan memberikan kertas undi yang telah ditindik selepas tanda kuku selesai dibuat oleh kerani kedua.
Bagi pengundi yang tidak ada jari, cap akan dibuat atas tunggul lengan bagi menentukan individu berkenaan telah mengundi.Jika masih terdapat pengundi yang datang dengan memakai cat pada kuku, dakwat itu akan ditandakan pada jari

Thursday, February 28, 2008

fakta pilihanraya ke 12


Hari mengundi : 8 Mac (Sabtu)
Pemilih awam : 10,701,054
Pemilih pos : 221,085
Jumlah kerusi Parlimen : 222
Jumlah kerusi DUN : 505

dah check status memasing? hari ni, pengundi pos mula mengundi rasanya

Monday, February 25, 2008

cerita pasar

AK sebenarnya dah lama tak ke pasar mana2 kat KL nih. kecuali pasar malam la. macam2 alasan yang ada kalau nak disenaraikan...

dulu, masa dok pantai dalam, memang hampir setiap minggu pegi pasar pagi minggu. best... ada memacam. dan yang takleh lupa, ada laksa/laksam fresh dari kelantan yang boleh beli timbang kilo tu. dari rumah, jalan kaki je pegi pasar. cuma penat bimbit barang je lah

masa dok taman kobena cheras, hampir setiap minggu kami ke pasar chow kit atau pasar pudu. tahu tahu je lah keadaannya macamana. kalau tak sempat pagi, malam pun kami pegi ke chow kit tu. kalau setakat nak ikan, sayur tu, no hal-lah. kalau kat pasar pudu, kena tahu nak masuk entrance mana. kalau silap masuk, ada yang tak berapa nak lalu makan sehari 2 ;) masa ni, dah pandai beli bakul yang ada roda tu. pastu, ada pembahagian tugas. samada tunggu cari parking, atau masuk pasar. biasanya AK dapat tugas tunggu parking. sebab according to abe, AK lama kalau dibiar masuk pasar... heheh

sejak pindah ke btho, memang jadual dah lari... awal awal dulu, abe pegi pasar hulu langat. tapi kena pegi pepagi. kalau lambat, dah bersih pasar tu. atuapun, pegi pasar malam. lelama, AK pegi pasar mini je. kalau rajin q, pegi econsave. kalau dah malas sangat, talipon je, pasar mini tu, soh anta barang. boleh?

so, semalam AK pegi pasar borong selangor! dengan anak3 dan bibik. hehe.. pengalaman baru untuk anak2 yang tak penah pegi pasar borong. tapi, rasanya jarak pasar borong tu, jauh jugak la untuk pegi setiap minggu. berapa km, AK tak pasti. dekat setengah jam perjalanan la jugak. tapi harga haiwan haiwan laut, memang murah rasanya compared to pasar mini. nak beli banyak2, takut tak muat peti sejuk plak. tengokla camana lepas ni.. nak kena survey harga barang2 lain la pulak..

okeh, selamat pegi pasar.. pasar seni pun, dah lama tak pegi..


Sunday, February 24, 2008

hari ahad

pagi2 dah update? nilah salah satu akibat kalau boleh update dari dalam bilik.. hehe cik abe plak takdok.. tapi dah ada 2 orang q nak guna lepas ni.

plan AK semalam, hampir tak jadi. masalah kenderaan. tapi saing2 AK dengan baik hatinya, tunggu AK sampai. alhamdulillah..

semalam AK dengan diana, jalommah, olin dan anak memasing gi rumah lopak tike. dory & seghuh seghah tak dapat nak join. dory, sekiranya mun baca, sorilah, disebabkan aku lambat, mun takleh join. sementara tunggu AK, dorang gi lunch sesama dulu..

AK bertolak dari rumah, dah dekat 2:30. jam 3.06 minit, sampai kat tempat perjumpaan. tunggu olin kejap, pastu kami ke rumah lopak tike. dijamu dengan chekodok pise & nescafe panas.. sedap ibu berpantang buat. hehe

tak puas bergosip rasanya. jam 5:30 kami beredar. tu pun sebab kami parking kat parking space rumah orang, dan diana nak kena ambik anak jam 6. agaknya, kalau sampai awal tadi, lagi lama kot. anak2 pun geng dengan semua, tak kacau mak2 nak bersembang. baby plak, hubby LT bawak masuk bilik.. hehe .. kurang asam punya tetamu.. both mami & bebi sihat. AK lupa nak bawak kamera.. lenkali ya.

semalam jugak AK dapat henbag yang dikirim. yahooo.. siap ada matching spek ite lagi. Tima kasih daun keladi JM. kalu ada lagi, AK nak so lagi. :)

balik dari rumah LT, anta olin kat zoo. cik abe olin bawak anak2 pegi zoo. baya utang katanya. lepas tu AK gi pulak rumah abe long AK.. sampaila lepas makan malam. tak masak lagi la semalam. hari ni kena cover 2 minggu punya tak masak nampaknya..

okeh, anak2 plak nak guna. ada masa, AK update lagi.. selamat berhari minggu. AK nak gi survey pasa borong kejap lagi

Friday, February 22, 2008

update lagi

walau dengan adanya buku nota baru, tak bermakna AK mampu update blog... hehhe.. kita cuba.

hari ni abe balik kelate lagi, balik berkempen? malam tadi, baru sampai dari perlis.... anak3 pun konfius, ayoh pegi mana sebenarnya. nasib baik masa sampai dari perlis last nite, anak3 belum tido. sempatla jumpa ayoh sekejap.

weekend ni, AK belum plan nak wat apa. takleh ikut jadual weekend lepas, hampeh... sian anak3. asalnya, kawan2 ofis ajak gi camping. tapi sebab abe sibuk dengan pilihanraya, AK dah tarik diri awal2. tup-tup, dorang yang lain pun tak jadi, postponed katanya. tadi jalommah kata nak gi tranz kids sabtu ni, sambil tengok baby lopaktike kalu sempat. best jugak.. ada yang lain nak join?

okeh, hari ni hari gaji... yahooo. jumpa lagi

Tuesday, February 19, 2008

update lagi

semalam luqman tak pegi sekolah agama, sebab badan dia panas sikit dari hari ahad. hari ni, dia tanak pegi sekolah kebangsaan pulak. dengan alasan, dia belum siap pendidikan seni.. aargh..

tahun ni rasanya (baru 19/2) AK dok tolong anak2 buat pendidikan seni je. asik kena beli/bawak bahan mentah je. itu belum lagi kakak punya folio kajian tempatan, muzik. search internet untuk cari bahan. macam mak pulak yang sekolah. memang macam tu ke?

AK tanya jugak kakak ipar AK kat kampung. katanya, kalau kat kampung, murid2 takde la kena beli bahan2, lebih pada cari bahan2 kat persekitaran je. mmm, mungkin tanak bebankan ibubapa. AK tak kesah kalau bahan2 tu, boleh beli kat sekolah je :) tak perlula AK survey satu taman....

tapi yang pastinya, silibus skang ni, memang mencabar. sesuai dengan zaman yang makin maju kot. kalau AK dulu, dengan persekitaran masa AK kecik dulu, mungkin tak terpikul rasanya. syukur dengan apa yang AK ada loni...

rajin tak

tengah bersemngat nak update ni.. Ak baru berpeluang nak belek2 buku nota baruku.. yahoo... tunggu anak tido. heheh. adik AK baru wat balik. jakun jugak. maklumla, kat ofis, AK masih pakai pc lama. ni yang semangat nak update blog nih.

dalam banyak2 dok pikir apa AK nak buat sebenarnya untuk hilangkan boring kat ofis, AK terfikir nak update my programming skill. almaklumla, kat ofis tu, AK dah jarang buat program2 ni, lebih pada buat projek management, walau bukanla project manager. bila tengok org punya resume yg canggih2, mulala terasa ketinggalan. ni yang nak sahut cabaran nih..

semoga ada hasilnya nanti... lepas ni, AK akan cuba gi training plak...

Monday, February 18, 2008

short update

teruknya setting... hehhe... maklumla, tanpa perancangan teliti. nanti AK plan betul2 ya. buat masa ni, bersabar je lah

tarikh mengundi dah diketahui, 8 mac nanti. habis semua rancangan, kena buat plan baru plak.. hehe. AK & abe daftar kat kampung, jadi kami insyaAllah akan balik mengundi kat kampung nanti. nanti kita cerita pasal pilihanraya later2

jumaat lepas, AK terjumpa kawan lama AK. tak berkesempatan nak borak panjang, tapi sempat bertukar2 no tepon.. last skali kami jumpa raya tahun 2004, kalau tak silap. itu pun macam jejak kasih. dia teringat kat AK, dan singgah kat rumah mami AK. kami kenal sejak sekolah rendah, pastu sama2 ke kuantan, lepas tu bawak haluan masing2. parents dia pun dah pindah ke kota bharu. skang ni, dia ada kat kt, dah jadi orang sana. cakap pun dah slang teganung...

semalam AK terai buat kek itam sekali lagi. tapi kali ni, cuba letak choc fudge kat atas... mak ai, maniiiissss nya. ada lagi kat fridge tu. hehe. leburla diet AK camni






pagi tadi, teringin nak makan nasi lemak. rasa busan sungguh bila terpaksa control makan ni. dah sebulan AK cuba, tapi macam tak bergerak pun scale tuh. mungkin sebab takde senaman kot. AK skang ni, cuba kurangkan makan je. kalau dulu nasik penuh, cuba ambik setengah or suku je. tak ambik langsung, lain plak kesahnya nanti. makan malam kat rumah, kenkadang berjaya dielakkan, kenkadang gagal... keputusannya, scale tu, takde la makin naik, maintain je. tapi ada kain yang terasa tak ketat sangat. heheh

skang nih, kenkawan tengah lunch, AK update blog. ini mungkin satu cara nak kurangkan ingatan kat makanan kot...

selamat berjaya

Wednesday, February 06, 2008

selamat bercuti tahun baru cina

salam semua... lama tak update. ingatkan nak letak gambar-gambar pengganti cerita. itupun tak sempat. hehe

di kesempatan yang ada ni, AK nak ucapkan selamat bercuti pada semua. AK balik kampung petang/malam nanti, sampai la hari isnin.

jumpa lagi