Thursday, January 22, 2009

cuti-cuti

Cuti tahun baru yang lepas, kami ikut abe g Cameron. Dia sepatutnya ada meeting hari jumaat tu, tapi kansel di saat akhir. Since anak3 dah excited nak pegi, kami teruskan niat nak pegi hari kamis tahun baru tu. Bertolak dari rumah dah lambat jugak, dah masuk waktu makan tengahari. Tapi sebab dah breakfast nasi lemak pada 1130, kami abaikan la masa makan tu. Sampai kat exit sungkai, kami singgah sungai klah hot spring. Saje survey2. kalau best, bleh buat rombongan cik kiah lenkali. Cuba jugak survey kot2 ada chalet available, tapi harap maklumla, semua penuh.

TRAP – Taman Rekreasi Air Panas @ Sg Klah Hot Spring
Kami sampai sana lebih kurang jam 2 ptg. Kena bayar rm10 untuk adult, rm8 untuk anak2 lebih 2 tahun. Lepas beli tiket, kami terus masuk. Kena jalan la sikit. Memula tu jumpa tempat untuk berendam air suam (hot spring pool). Punyala ramai orang. Anak3 memang takleh nampak air bertakung. Alergik agaknya. Terus nak masuk kolam. AK layan anak3, abe gi survey kawasan. Air takdela suam, sejuk je. Mungkin sebab cuaca tak panas, orang ramai sangat, air suam jadi sejuk (er… atau ada orang tambah air sejuk dalam tu? Eeee). Sepatutnya air suam tu memang dari mata air bawah tanah.

Abe balik dengan berita bahawasanya lepas beli tiket, kami boleh masuk parking kat dalam. Lagi dekat. Huhu… exercise la sikit tadi tu. Lepas hampir sejam, berjaya pujuk anak naik. Makan meehun bekal sikit sebelum kami ke kolam air gunung pulak. Patutnya takleh bawak masuk makanan, takleh guna pelampung, takleh pakai slipar dekat kolam dan macam2 takleh lagi. Kiranya kami curi2 makan dan guna jugak pelampung tangan untuk ikhwan. Takkan nak biar budak kecit tu masuk kolam camtu je… ada pakcik tiup wisel nanti kalau dia nampak.. huhu

Kat kolam ni (mountain spring pool) ni, ada big kraken yang mana buleh gelunsur masuk dalam kolam. Tapi air dia sejuk la plak. Anak3 seronok, abe join budak2, AK tunggu kat tepi je. Kena pujuk anak3 berkali2 lagi sebelum kami bertolak keluar kawasan pukul 5 lebih…

Ada lagi tempat yang kami tak pegi, tempat rebus telo, private pool, spa yang tutup, tempat refleksologi. Tapi tak rasa ralat sangat pun. Rasanya, kalau bertolak dari kl semata2 nak datang TRAP ni, rasa tak berapa berbaloi sangat baya tol.. hehe

Kami singgah kat R&R tapah. Semayang dan makan buah buat alas perut. Sampai kat century pines, tanah rata dah pukul 7. lepas maghrib, kami makan bekal nasi lemak tadi. Sepatutnya alas perut je, tapi agaknya dah lapar sangat, dah terlebih alas plak.. kami lepak kat bilik je. Hujan pun renyai2 kat luar. Nyaman je dok dalam selimut

Pagi esoknya, lepas breakfast, anak3 main air kat bath-tub sampai kol 12 lebih tengahari. Sorryla, rumah kami takde bath-tub ni. Hehe.. lepas check-out, niat di hati nak g kea farm, nak cari choc strawberry, tapi kami singgah kasimanis farm yang lebih dekat, makan aiskrim strawberry je… lepas tu singgah bee-farm. Takde apapun.. jam masa ni dah pukul 3 lebih, kami terus je balik, takde singgah dah sampai tapah.

Kami berenti makan nasi ayam kat r&r tapah dan terus balik kl. Ada lori buah terbalik, maka kami berenti skali lagi kat r&r sungai buloh untuk semayang maghrib. Pastu dah sampai btho, anak3 nak mcdonald… jadi, mama takyah prepare dinner… hahaha..

Rasanya, cuti sekolah kali ni, walau AK takde cuti sangat untuk bawak anak jenjalan, tapi Allah bagi rezeki kot lain plak. Balik kampung untuk raya haji, balik kg masa cuti deepavali, krismas, ikut abe meeting kat terengganu, Cameron, singgah TRAP mandi air suam/sejuk.. tula, rezeki Allah tu, dalam pelbagai bentuk.. Cuma kita yang kenkadang terlupa kan?

Weekend ni, kami nak balik kelate, balik kacau suro… Anyone? Jom balik mache

2 comments:

che ann said...

kak iza..seronoknya g jalan2..letakla gambar sekali..

aduskirana said...

boleh la tahan seronoknya.. tapi kalau anak3 dah seronok pun, dah cukup.. bukan taknak letak gambar, tapi tak dan lagi