Monday, October 29, 2007

dapurku tak berasap

open house.. dah 2 weekend dapurku tak berasap sangat. setakat buat breakfast je :)

tapi pagi semalam, lepas bibik goreng mee, AK terai buat kuah kacang... dulu dah pernah buat sekali, tapi tak aci sangat, sebab AK campur dengan kuah yang memang dah sedap (leftover). masa nak beli kacang, AK nampak plak ada kacang dah siap tumbuk. pehhh. apa lagi, membara la semangat. hehe. hasilnya taklah mengecewakan sangat. cuma mungkin kaler dia pucat sikit, dan tak sempat nak tunggu pecah minyak betul2. sebab anak3 dah asik keluar masuk dapur, bila boleh makan. agaknya dari segi bau, dah pass kot. kuang kuang kuang. lain minggu boleh cuba lagi

komen cik abe, boleh la... tapi bila dia makan kuah kacang kat rumah sepupu AK, dia soh tengok kaler & texture kuah tu as reference. hehe. takpelah. takkan sekali 2 cuba terus jadi.. kan?

Thursday, October 25, 2007

hari ni

malam ni, anak2 tido awal. kakak je belum tido, nak tunggu mama.. cik abe ke perlis dari semalam. esok atau sabtu baru balik.

AK sebenarnya dok berpikir-pikir ni. bibik tetiba je nak balik indon. nak cuti je. katanya nak selesaikan urusan keluarga. bibik ni dah masuk tahun ke4 kerja dengan kami. tahun lepas, dia dah balik sebab menantunya meninggal dunia. kali ni nak balik sebab masalah keluarga lagi. bibik AK ni, memang kerja untuk bantu keluarga. sering antar duit ke kampung. last skali anta, sebelum puasa hari tu. sepatutnya raya tahun depan baru dia nak balik. bila dah jadi camni, duit simpanan pun kurang, dia nak pinjam duit plak... ingatkan nak bayarkan tambang pegi balik je, tapi dia mintak advance plak.. mmmmmm ?? tunggu cik abelah

okeh, anak dara AK dok tunggu kat sebelah ni. mata dah nak tutup dah.. jumpa lagi

Wednesday, October 24, 2007

24/10/07

selamat pagi la semua... terawal plak hari ni

masa kat kampung hari tu, AK dengar ustaz kat radio ni cakap,


"dalam kehidupan ni, kita kena ingat 2 perkara dan lupa pada 2 perkara.

kita kena ingat padi kematian dan juga pada hari kiamat

kita kena lupa kejahatan yang orang lakukan pada kita dan kita kena lupa pada kebaikan yg pernah kita lakukan pada orang..."




rasanya bagus untuk panduan hidup yg lebih tenteram... jumpa lagi
ni AK cuba letak gambar raya lepas..



Sunday, October 21, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Salam Aidil Fitri, Maaf zahir batin pada semua.. AK ada masalah nak update blog dari ofis, tak dapat kebenaran... hehe...

sekarang ni sebuk dok ulangkaji dengan anak2. mana taknya, kalau mak tak ulangkaji dulu, tak leh nak jawab soalan anak2. minggu depan minggu periksa dah mula. jadinya, mak pun turut kena kreatif buat pop kuiz ke, buat kuiz yang tak berapa pop...

okeh, jumpa lagi di lain siaran...