Friday, May 12, 2006

Blog baru
3/4 malam lepas dok bloghop sekejap sementara nak tunggu mata mengantuk. Hehe… teringat nak create blog baru. Dan jangan silap sangka dengan nama blog ni, “mummy of three”. Bukan setakat 3 je ya. kalau dimurahkan rezeki, nak tambah lagi. Hari ni baru terperasan nama tu kurang sesuai. Tapi tak pelah. Camtula selalunya AK ni. Masa nak create tu, tak fakir panjang…

Sunday, May 07, 2006

anak-anak 7/5/06

petang tadi, atas permintaan anak2 nak pegi jalan, AK bawak la pegi taman kat tasik permaisuri. pada yang pernah ke sana, mesti boleh imagine keadaan dia di petang ahad. mak oi, ramainya rakyat beriadah. lepas turunkan anak2 dan bibik, AK pegi parking keta. nasib baik tak perlu tunggu lelama, dah dapat tempat letak keta. sambil berjalan ke arah taman permainan, AK dok jengok2, apa la yang orang ramai dok kerumun tu. rupanya, ramai peniaga peniagawati buat car boot sale. jual kepok, air, buah dan jajan2 yang lain. sampai kat tempat bebudak main, AK baru sedar yang anak AK tak cukup sorang. ya Allah!! awe donde tak de. tak leh nak cerita perasaan masa tu. lepas pesan kat kakak dan bibik supaya jangan ke mana2, AK terus pusing kat taman tu.. dah lepas 15 minit, tak jumpa jugak. macamana ni?? tapi Allah tu maha pengasih kat hamba dia ni... AK dapat phone call dari pakcik jual eskim. awe donde ada dengan dia... Alhamdulillah.. syukur tak terhingga.. ni satu pengajaran buat diri AK dan juga semua. kalau ke tempat yang penuh dengan pengunjung ni, anak2 tu tak leh lepas pandang, dan tukang jaga budak ni, mesti ikut kemampuan... jumpa lagi