Thursday, July 30, 2009

nak jugak

nak jugak update walau sebaris... haha

weekend lepas AK join ecosway... tu yang letak link tuh. mabuk kan? ecosway la, nak kurus la.. lagi satu, AK tengah belajar menjahit. tapi dah dekat 2 bulan tak pegi kelas, boleh? kweng kweng kweng... banyak sangat projeknya

nanti AK letak gambar hasil2ku. rasa cam nak oder label sendiri je.. untuk kepuasan sendiri. ala2 beli kat kedai gitu. boleh tak?

okeh.. selamat berhari kamis semua

Saturday, July 25, 2009

ecosway

AK baru join e-cosway. so kalau sesapa nak tengok apa yang ada kat e-cosway, jemputlah ya

www.ecosway.com/home/MY081242 password dia izza1234

sekian, terimakasih

cerita hari sabtu

salam semua... kalau hari bekerja, boleh la nak kawal makan. tapi kalau kat rumah ni, mintak maap.

pagi tadi dah bekfes macam biasa, mihun goreng bibik dengan jemput2 durian atas permintaan abe. tengahari tadi, AK wat nasi kerabu + daging bakar + ayam goreng . skang ni, lompat tikam menunggu... hehehe. tak terkira dah kalorinya

tapi semalam, AK tak ambik pun JM5. Jiwa ada sedikit kacau. Apa yang kacau? Malas nak kenang2 benda yg tak best ni. Ingat nak hiburkan hati dengan pegi makan2. tapi disebabkan kurang korum, AK gi great eastern mall je dgn sam... gi sale aussino. sampai lupa nak makan. dah lepas asar, baru terasa lapar dan barula teringat nak makan. tu pun, ambik biskut wheatameal 4 kpg. malam pun, tak lalu tengok lauk. AK makan ikan sekerat je.. tapi yang bestnya, AK timbang berat pagi tadi, jarum tu dah dok diantara 2 nombor... hoyeee. tu yang rehat diet hari ni. kehkeh

so, sesapa nak rasa lompat tikam or nasik kerabu, seleke ke rumah deh...


Monday, July 20, 2009

kawal kalori anda

saja nak share info... pada yang nak cuba kurangkan berat badan, AK letak anggaran kalori setiap makanan yang kita nak ambik. info ni AK ambik hasil carian kat tenet ni jugak..

untuk yang ambik jusmate 5, kita kena kontrol agar tak lebih 1000kcal sehari. sebab tenaga lain tu, akan dibekalkan oleh jm5 yang bertindak membakar lemak2 dari badan kita. pada yang belum ambik jm5, AK tak pasti sangat keperluan kalori harian. tapi dalam 2800-3800kcal kalau tak silap... nanti kita update bila dah ada info

so, ejasla memana yang patut. kalau rajin, kita catat apa yang kita makan dalam sehari tu. dan kalau kita kenal memana pakar pemakan, senang kita nak tunjuk dan mintak nasihat.. tapi kalau dah catat tu, boleh jugak kita tengok kat mana kita terlebih or terkurang...

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
12. Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
13. Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
14. Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
15. Kuey Tiaw Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
16. sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
17. Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
9. Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
10. sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
11. Apple Pie - 1 piece - 260 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
11. Pasembur - 1 plate - 752 kalori
12. Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori

kategori minuman
1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
9.keju chedar 1 keping =58 kal
10. teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice)


camana? rasa2nya, berguna tak?

weekend lepas

mmm... tak produktif langsung weekend yang lepas.. terasa rugi yang amat bila dikenang2kan.. huuu... masa yang pergi takkan kembali dah..

hari baru, minggu baru, semangat baru....

Thursday, July 16, 2009

impian II

teruskan dengan impian2 yang ada... semoga impian2 itu akan jadi kenyataan... hoye

Wednesday, July 15, 2009

update 150709

saja nak update... beratku makin kurang 1kg++ lagi... alhamdulillah dan hoyeee...

Monday, July 13, 2009

130709

salam semua..
AK balik mache last saturday. balik ber2 dgn ikhwan. tapi balik ke kl ber3 dgn abe.. hehe. abe balik kelate dari perlis. jeles kita balik kappong la tu..

nikmatnya makan buah2 balik kali ni. sayang sungguh kakak dgn abang tak ikut. tapi abe dah janji nak balik lagi 2 or 3 minggu lagi. tunggu rambutan n cempedak masak. ada sesapa nak ikut?

pagi semalam AK gi pasar, cari barang2 untuk mami AK. lengang je. bestnya balik bukan musim orang balik kampung... tapi on d way balik kl, jem kat manek urai. meriah dgn poster. tapi AK tak sempat nak ambik gambar best pun, sbb guna kamera hp je. respon dia slow.

sampai kl dah dekat pukol 2. anak2 pun dah tido. tapi ada orang tu teringin nak makan durian lagi jam 2 pagi... kalau ada sesapa nak makan pulut durian hari ni, jemputla datang rumah malam ni ek.....

Friday, July 03, 2009

3 julai

happy birthday to me... semoga segala impian dan cita2ku jadi kenyataan... amin

Wednesday, July 01, 2009

1 julai

nak update azam list, tapi segan la pulak. haha

salah 1 azam ekceli nak turunkan berat badan.. punyala liat nak mula. AK start dengan mintak nasik separuh masa lunch dan dinner. dah ok dengan nasi separuh, AK ambik suku plak. tapi bila timbang, tak banyak perubahan kot. mungkin masa weekend atau kat rumah, payah nak kontrol. bulan 5 yang lepas, AK macam ternekad nak cuba makan produk apa2. memandangkan kaedah kurangkan makan ni dah berjaya jugak walau gramnya tak berubah... huhu. dulu AK ni, kalau tak makan nasik sehari, boleh kenaling jadinya. so, bila dah boleh ganti nasi dengan lauk tu, kira berjaya la jugakkan?

ish, lari tajuk plak.. bulan 5 lepas, AK cuba jus mate 5. tapi tak de la disiplin sangat. weekend je, hancor. breakfes, ambik cam biasa, cuma separuh je. nasi goreng ke, mee ke, kuih ke, biskut ke dengan secawan kopi. lunch tak makan nasi, ganti dengan jm5. pukul 3/4, AK ambik biskut 3/4 keping, boleh tahan sampai malam. sampai rumah pun, samada ambik lauk sikit2, atau apa2 wat alas perut. tapi yang penting, boleh kontrollah...

hasilnya, minggu ni belum timbang, tapi awal minggu lepas, AK dah kurang 3 kilos... hoyee.. kenapa tak de perubahan hujung minggu lepas? sebab terasa bersalah makan nasik beriani orang kawin hari ahad, dan hari selasa semalam, nasi beriani lagi orang belanja... keh keh.. tapi yang penting, gram tu maintain....

okeh, tu antara update azam tahun sudah2.... ada lagi... tapi lenkali ek. dah nak kol 2. karang takleh masuk blog pulak.. jumpa lagi