Monday, February 15, 2010

cuti raya cina kali ni, kami tak kemana2.. huhu. dok lepak kat umah je. kalau dah kat umah ni, asik nak makan.... je. no good, no good.

anyway, hari sabtu lepas, ada mini reunion saing2 mrsm. seronok sangat. sehari 2 ni, kalau masuk fb, asik dok tengok gambar2 je lah..

semalam masak nasik minyak atas permintaan anak daraku. kebetulan, abang AK datang. lunch beramai2 kat sini.

hari ni? selain dari bertenet, takde plan lagi. malam tadi bawak anak3 gi funfair, jadinya, sebab dah gi funfair, komputer ni, mama yang punya... wakaka

Saturday, February 06, 2010

anak sekolah hari ni

pagi ni, kakak ada bengkel, abang gi sek agama ganti, adik kat kelas ps2.... mama terpaksalah masuk opis awal. haha....

dah berjaya siapkan projek jahitan yang lama terbengkalai. dah mula balik dari kamis malam, malam tadi dan baru kejap tadi... siap 3 tudung, 1 seluar.. semuanya untuk AK.. muahaha... gila kuasa betul. agak2nyakan, kalau AK buat banyak2, ada tak saing2 yang berminat?

Tuesday, February 02, 2010

tuisyen...

tuisyen? sebenarnya perlu atau tak? AK dulu pegi gak tuisyen masa skolah rendah.. tu pun rumah cikgu seberang jalan je.. tapi tak rasa penat sangat sebab sekolah pagi, tuisyen petang, malam tido

tapi AK dok perhati jadual kakak mulai semalam, padat betul. sekolah pagi, sekolah agama petang, malam isnin to rabu tuisyen. kalau ikutkan, rabu & kamis malam ada ngaji. tu tak confirm lagi. since dia dah khatam last year, mungkin ngaji weekend dengan AK je kot? kat sekolah agama pun, dia masih mengaji... ok la kot?

bila la masa untuk anak2 enjoy zaman kanak2 kalau jadual dah padat camtu... kalau ikutkan buku zaid mohamed, tak payah tuisyen ni kalau parents boleh peruntukan masa .. kena ada jadual dan perancangan yg betul.. walau dah habis baca buku tu, tapi tak berani nak bereksperimen dgn anak2 sendiri. kena khatam betul2, kena plan betul2.. skang nih, sampai rumah pun dah dekat jam 8.. huhu... kesian anak2kan?

Monday, February 01, 2010

selamat hari wilayah

pada yg bercuti, selamat hari wilayah... pada yg kerja, selamat bekerja. pada yg memang dok rumah, besnya...

AK baru balik dari kampung malam tadi. balik dari kamis lepas kerja. penat tak ilang lagi, tapi malas nak dilayan sangat. macam2 plan ada kat kepala, nak g jumpa dentist, nak gi cuci muka, cuci rambut, nak menjahit dan macam2 lagi. cuma yg dah beres, pegi pasar dgn masak je. yang lenlain, masih kat dalam list lagi.. huhu.. update blog ni tak masuk dalam list plak.

okes, kena buat sesuatu nih

ni gambar kat dataran lang, langkawi....