Tuesday, November 27, 2007

bibikku dah balik kampung

hari ahad lepas bibikku balik kampung. gedebar jugak sekejap. mana taknya, lepas timbang barang dah excess 23 kg. dah tak berapa seronok. lepas tu, masa kat imegresen, dia mintak surat cuti. walhal, kalau ikut PA cik abe, dah tak payah surat cuti, sebab dia dah chop tukar alamat malaysia kat paspot. tapi orang imegresen tu, tetap nak surat cuti.
jam dah dekat 10 am, penerbangan 10:15. AK memang dah panik, doa tak henti2 dalam hati. nasib baik la cik abe ni panik tapi tunjuk cool. dah merayu pada pegawai imegresen tu, dia suruh tulih surat rasmi, mintak kita tanggung semua risiko sepanjang perjalanan balik bibik. kelam kabut kami tulis surat tu... tengok bibik dah lepas imegresen check tu, dah lega la sikit. tapinya bibik belum talipon lagi sampai hari ni, sampai ke tidak ke jember..

pengajaran: jangan harapkan 100% kat orang lain. kita kena jugak pastikan apa2 perubahan pada apa2 procedure tu, valid ke tak...

hari jumaat lepas, bibik yang mami AK "fire" tu, sampai kl dari mache. hari sabtu plak, adik ipar yang AK mintak jagakan anak3 sampai dari skudai. dia baru cuti. hari ahad plak, sepupu AK plak datang rumah. meriah la kat rumah tu skarang. hehe. tapi AK yang takde cuti nak join bebudak kat rumah. ni yang dok plan bila nak mc ni.... :)

apa plan cuti ni?

Wednesday, November 21, 2007

superhero


This is one of my kids favourite hero, spiderman!

Monday, November 19, 2007

untuk mami AK


bagai gumpalan kapas putih dan lembut
hari tua singgah ke rambutmu
dan musim remaja pun hanyut perlahan demi perlahan ke tubuhku
susumu yg kuhirup adalah darahmu
butiran nasi yg kumakan adalah keringatmu
lengan yg kutidur adalah mimpimu
lagumu yg kudengar adalah resahmu
segala riangmu kurebut kembali mengisi serpihan umurku
dengan masa depan yg rahsia



Moechtar Awang
_________________


gambar ni diambik 3 tahun yang lepas masa raya. masa tu mami AK masih sihat lagi. mungkin Allah ingin menduga. hanya doa dipanjatkan sentiasa agar ma kembali sihat. amin...

last week of school 2007

cuti sekolah dah pun mula. tapi penutupnya agak baik rasanya tahun ni. kakak dapat hadiah peningkatan untuk kelas dia. walau 1%++ je yang meningkat, tapi dari no 18, dapat no 6. alhamdulillah











luqman @ awe donde dapat no 1 kat tadika dan hadiah dalam kotak tu, anugerah pelajar cemerlang. tak sangka plak

Saturday, November 10, 2007

buku teks & diwali

tahun depan kerajaan dah janjikan pinjaman buku teks percuma pada anak2. lapang sikit.. tak payah nak fikir buku teks.

semalam kakak dah bawak balik buku teks tahun 4. tapi banyak komennya, buku dah lama, tak cantik dah, dan beberapa komen lagi.

macamana tu? masa AK sekolah rendah dulu, terima je apa yang cikgu bagi. balik rumah, balut semua buku2. lepas tu, buku kerja pun takde. semua bergantung pada buku teks dan latihan cikgu. . masa sekolah menengah, memang kena beli buku sendiri. tapi masa form 1 je yang betul2 beli semua buku baru. mula dari form 2, dah pandai sikit, beli dari senior. jimat sikit. duit lebih boleh beli buku latihan... jarak umor AK dengan abang atas AK, 8 tahun. jadi memang takde peluang nak kongsi2 buku ni :)

aiseh. demanding betul anak2 sekarang. macamana nak latih anak2 ni?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






























malam diwali yang lepas, bawak anak3 tido kat hotel dekat2 ofis AK.. hehe.. kononnya bercuti.
tapi best jugak, sebab anak3 memang enjoy (3 jam berendam kat swimiming pool), tanak balik pun, masa pun jimat, cuti pun tak payah ambik.

breakfast pun best, nasi lemak wak manjor kat kg baru.


lunch makan roti + kaya + nescafe panas,


minum petang makan nasi + ikan goreng+udang goreng + daging goreng + sayur lemak putih,

makan malam makan ketupat sotong...



Tuesday, November 06, 2007

dalam pemikiran


banyak yg dok bermain di kepala AK ni. terasa nak luahkan kat blog ni. tapi rasa macam tak sempat kalau nak translate ke blog ni. ishkkkk..





tapi AK pastekan gambar salah satu masjid kat beijing hari tu...

jumpa lagi

Friday, November 02, 2007

jumaat

hari ni dah hari jumaat. cepat sungguh masa beredar, dah 21 syawal pun. kerja kat ofis ni dah slow sikit, sebab dok tunggu respon dari vendor.kenkadang tu terasa penat dah buat kerja yang sama ni hari hari. teringin nak cuba perkara baru.

hari rabu lepas, kawan AK yang pernah satu ofis datang rumah. dia skarang ni jual unit trust dengan insuran. masa memula dia resign dari ofis AK 2 tahun lepas dan nekad untuk kerja sendiri, AK dapat rasakan semangat yang ada. tapi 2 hari lepas, macam tak bermaya plak. AK tak tanya banyak, tapi katanya teringin nak kerja makan gaji semula. penat katanya. entahla, ni yang antara sebab kenapa AK takut nak berhijrah...

okeh, selamat berhujung minggu. esok makcik AK nak datang, ada jiran buat open house. hari ahad ada 4 atau 5 jemputan kot, mungkin tak dapat nak pegi semua. hari isnin ada pot luck raya kat ofis ni.. penuh dah jadual AK untuk hujung minggu ni

jumpa lagi