Friday, December 28, 2007

cuti aidil adha

Alhamdulillah… kami selamat balik raya kat kelantan dan selamat balik kl untuk menyambung rutin seterusnya…

Perjalanan balik ke mache pada 19/12 melalui Lenggong-Grik-Jeli-Mache hampir 9 jam++ dan perjalanan balik kl pada 25/12, melalui kuala krai-gua musang- kl, hampir 8jam ++. Okeh la tu, tak lebih dari 10 jam :)


Cuaca kat kelantan sungguh terang sepanjang kami kat sana. Boleh basuh kain 2/3 round sehari, dan boleh terus lipat malamnya. Best kan? Maklumla, dah banyak minggu kain tak kena matahari terik. Sebelum balik kl, kami sempat basuh semua cadar/selimut/tuala...

Pagi raya sungguh mencabar sebab kami tinggalkan bibik kat rumah abang AK. Tak berani nak bawak balik bibik ke rumah terus. Dah petang, baru abang AK bawak balik bibik. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Rasanya, inilah raya ke 2 yang AK makan mee di pagi raya. Kalau 2 tahun sudah, makan maggi lepas semayang raya dengan abe, tahun ni, makan mee goreng dengan donut + fruit cake. Tapi bila kita dikelilingi orang2 yang dikasihi, rasa bersyukur sangat, walau terasa ralat sebab tak dapat nak sediakan juadah istimewa di pagi raya.

Dah petang barulah merasa nasi impit, roti jala dan tak lupa abang AK bawak bibik.. kuang kuang kuang. Sesungguhnya, diri ini tidak mampu untuk menghandle semua acara dalam satu masa tanpa pembantu….


Tahun ni, umi ada kat mekah, menunaikan haji. Jadi AK hanya singgah sebentar kat rumah umi pada petang raya pertama. Itupun ada kak ha dan adik beradiknya, penuh rumah. Raya ke2, kami korbankan sekor lembu kat rumah ayah AK. Lepas tu bergegas ke rumah bapa mertuaku, sebab adik abe bertunang. Lepas tu lepak kat rumah adik abe yang sorang lagi sementara abe pegi semayang jumaat...

Raya ke3 hinggalah ke6, AK dok rumah je, menjalankan kewajipan sebagai anak yang hanya mampu balik sekali sekala.... :(

Hari rabu lepas, AK dah setelkan persiapan anak2 nak mulakan tahun baru persekolahan. Cuma yuran SK je akan bayar hari sabtu ni. Itupun mony order dah setel. Skang ni, dok sebuk jahit lencana la, balut buku dan susun buku.

Weekend ni dah janji dengan anak2 nak masak juadah raya. Menu apa, tak tahu lagi. Tengok menu OO, rasa bestttt je…

Okeh, Selamat Datang Tahun 2008!!! Nanti kita listkan azam tahun baru ya...

Tuesday, December 18, 2007

catitan

Hari-hari yang sebelum ni, AK memang sibuk sangat kat ofis. kat rumah plak, pc sakit kepala, takleh connect to internet

Semalam, 17hb Disember 2007, harijadi kakak yang ke 9.. dah besar anak daraku.

Semalam jugak, adik tanya, "ma, bila nak gi ambik bibik adik? Bila balik kampung ya?" adussss.. rindu kat bibik la tu. sedangkan bibik takde pun talipon.

Hari ni, umat islam berkumpul di padang arafah, memohon ampun restuNya, sebelum meneruskan rukun dan wajib haji yang lain

Esok, kami merancang nak balik kampung. Jalan mana harus kami lalui. Dengar cerita, hanya laluan Grik-Jeli je yang masih boleh dilalui. Cobaan..

Lusa, umat islam kat Malaysia dan yang sewaktu dengannya akan menyambut Aidil Adha.

Sempatke kita bertemu hari yang seterusnya???

Selamat menyambut hari raya qurban dan selamat bercuti.

Wednesday, December 05, 2007

bizi week

Lama tak update. Bizi kat ofis, bizi kat rumah. Hehe… nanti bila ada kelapangan sikit, AK update ya. Hari ni sempatla lawat kawan kawan walau tak sempat nak komen J