Monday, September 28, 2009

salam syawal

salam syawal semua... cuti raya kali ni, memang bes.... cuti panjang katakan.

kami dah tiba kat kl dari ahad pagi. seawal 2.08 pagi di bandar tun hussein onn. kami bertolak selepas maghrib hari sabtu memandangkan deretan keta2 yang tak putus2. haha. lepas 15km dari mache, kami terpaksa masuk dalam barisan jugak... rupanya ada funfair kat kuala krai.. lepas tu, perjalanan lancar. kami cuma berenti kat r&r gua muse & gombak untuk ke toilet. yuha. okla kan. 6 jam perjalanan di musim raya

untuk warga kuala krai, mungkin boleh bagi cadangan untuk pindahkan tapak funfair tu. atau buatla funfair di musim bukan raya. ni kali ke2 kami termasuk dalam kesesakan akibat funfair tu. untuk warga bentong plak, kalau boleh pindahkan tapak bazar ramadhan tu, lagi comey. agar tak mengganggu trafik orang yg nak balik kampung.. boleh tak agaknya?

semalam, bermulala era maidless.... hari ni, hari pertama anta anak3 ke nurseri. peh... 2 beg skolah, 2 beg pakaian, 2 hanger, 1 plastik kasut. malam ni camana plak skedulnya. yang pasti, dapurku akan kurang asapnya... huhu. harap2nya, bibik akan balik on time - 4/10.

okes, masih dalam mud rayakan? jemputla datang beraya kat umah ek..

Thursday, September 17, 2009

salam lebaran

salam semua... hari ni dah 27 ramadhan, AK masih kat ofis pagi ni, tapi memang dah mud raya yang amat. kweng kweng...

kami plan nak bertolak balik mache sebelum asar hari ni, dan tarikh balik semula ke kl, masih dalam perbincangan. tapi AK cuti seminggu

so, di kesempatan yang ada ni, AK nak ucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin.. pada yang balik kampung, yang raya kat kl, yang berjalan raya, semoga semuanya selamat. jumpa lagi

Wednesday, September 09, 2009

090909

nak jugak letak n3 hari ni. Sebabnya? 090909

takde apa yang menarik berlaku sehari 2 ni. Banyak projek tertangguh gitu dan banyak pulak projek dalam kepala ni. Harus letak dalam buku ni, agar menjadi impian.. hahaha. Macam wat projek la kan. Kena ada project schedule, kena ada budget, proposed solution dan seterusnya

okeh, nak masak apa agaknya untuk berbuka petang ni?? Semalam kami berbuka kat hotel melia, ikut ofis abe. Kiranya acara berbuka kat kedai pertama kami sekeluarga ramadhan tahun ni. Hari yang lain, home cooked meal. Hoye.

Tuesday, September 08, 2009

Anakku yang kecit dah 5 tahun… 4/9/09

Apa maknanya? rindu nak baby kecit lagi... hahaha

Hari Jumaat lepas, genapla usia Ikhwan Jemi 5 tahun. Tahun ni, saja AK order cupcakes instead of sebijik cake. Maklumla, bulan puasa ni tak sempat nak makan kek2 nikan? Since last minute decision, AK tanya kenkwan yang pernah order dan inilah hasilnya.

cupcakes utk ikhwan http://sofeacuppies.blogspot.com/2009/09/iza-from-cheras-order.html

Cuppies yang minis tu AK anta kat tadika. Tapi si ikhwan bagitau cikgu, dia puasa. Aisehman… so, dia sendiri tak dapat nak rasa mini cuppies tu. Tapi kami rasa yang super s tu, memang sodap.. tengkiu sofeacuppies. Siap ada free delivery lagi

Apapun, Selamat ulang tahun ikhwan najmi. Semoga besar jadi anak kebanggaan keluarga, bangsa dan negara…