Saturday, January 30, 2010

happy anniversary

betul  ke ejaan tu? apa pun, hari ni ulangtahun perkahwinan kami ke 12.. semoga kasih sayang kita berkekalan ke akhirnya....

Wednesday, January 20, 2010

antara azamku

antara azamku tahun sudah2, nak belaja menjahit. so, 2 feb tahun 2009, AK berjaya beli mesin jahit.. disebabkan memang tade basic, AK beli la yg ada kelas sekali.. tapi pegi kelas selepas sebulan beli (sebab tak tahu camana nak operate mesin beb) dan bertahan sampai bulan 4 je... huhu. kelas ada setiap hari, tapi AK free weekend je. lepas tu cuti la, apa la... production pun slow. hehe.. bila dah lumayan, AK share la hasilnya ya..


Thursday, January 14, 2010

azam 2010

rentetan dari blog wanha, AK pun nak cerita pasal azam 2010. sejak tahun 2008, AK dah start catatkan azam AK dalam pc. memula tu, takde la apa sangat. tapi masuk 2009, AK start review balik apa yang AK impikan tuh.. dah review, AK letak pencapaian as at each review date. best jugak camtu.. so, untuk tahun 2010 ni, AK dah update masa maal hijrah lepas. ada yang positif, negatif dan ada yang statikkk je... kita carry ke tahun 2010.. haha

bak kata wanha & oo, kena tepek besa2 supaya kita senang nak diingatkan dan lebih fokus..

Monday, January 04, 2010

hari pertama sekolah

malam tadi, walau susah nak mintak anak3 tido awal, AK berjaya jugak tidokan mereka sebelum 10.30. target awalnya, 9.30. tersasar 1 jam. pagi tadi, belum 5.45, abang dan kakak dah siap mandi. auch... mama yang tersasar plak..

pagi ni, hujan sekejap2... macam tu jugakla keadaan kat sekolah pada yg pertama kali ke sekolah. adik decided to sambung cuti pagi ni. nak gi sekolah esok. huhu... lepas adegan pujuk memujuk, dan sikit2 merajuk, AK berjaya antar dia ke sekolah. memang la parking penuh, hujan plak tu, semua parents macam AK la jugak, nak anta anak. masuk je kat dalam, adegan hujan dan ribut kat dalam tadika plak. nasib baik adik macho je masuk dalam. lepas dah dapat perhatian cikgu ayu, Ak serahkan la pada cikgu untuk urusan selanjutnya.

plan lepas ni? nak setelkan yuran2 kalau sempat. tahun ni, memang selow. duit yuran sekolah agama, tadika, bas belum setel lagi. alasannya, tahun ni, cik abe take over beli buku2 anak. jadinya handover task tu, not properly done. hehe...

Kami dah dapat bibik baru last week. Alhamdulillah... harapnya ok lah. walau rasa busan nak tunjuk ajar ni. nak wat camana kan?

okeh, kejap lagi nak gi jemput adik. minggu ni balik kol 10 sempena orientasi...

Sunday, January 03, 2010

tahun baru 2010

salam..
yeah i'm back... tapi kena selow-selow update... harapnya berkekalanlah.. takla terbiar naik lalang ...