Monday, March 03, 2008

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12 - part 2

kat sini AK letak beberapa Q&A pasal pilihanraya ambik dari Sumber :
http://www.spr.gov.my/index/faq.htm


Q:Apakah yang melayakkan untuk seseorang keluar mengundi?

A:Seseorang warganegara Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih SPR dan namanya terdapat dalam Daftar Pemilih.


Q:Bagaimanakah seseorang pemilih boleh mengetahui tempat mengundi yang betul untuknya?

A:Pemilih boleh menyemak dari laman web SPR di alamat www.spr.gov.my, menghubungi Ibu pejabat SPR , Pejabat Pilihan Raya Negeri atau SMS pada waktu yang dikhususkan.

Q:Kenapakah terdapat sesetengah pusat mengundi mempunyai beberapa saluran ?

A:Pusat mengundi mempunyai beberapa saluran mengundikerana menampung jumlah pengundi berdaftar yang ramai dikawasan tersebut dan bagi melicinkan proses pengundian. Lazimnya setiap satu saluran diperuntukkan tidak lebih daripada 700 pengundi.

Q:Bilakah bermulanya waktu membuang undi?

A:Secara keseluruhan masa untuk mengundi bagi kebanyakan tempat mengundi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Walau bagaimanapun, bagi kawasan pedalaman terdapat beberapa tempat mengundi yang dibuka lewat dan ditutup lebih awal mengikut waktu yang diumumkan oleh SPR.

Q:Apakah dokumen yang perlu di bawa untuk membuang undi?

A:Dokumen yang diperlukan ialah sama ada Kad Pengenalan My Kad, KPT dan Kad Pengenalan Plastik Biru. Selain itu pemilih juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang boleh digunakan sebagai bukti pengenalan diri ialah :• Pasport Malaysia Terhad• Pasport Malaysia• Lesen Memandu yang bergambar• Kad kuasa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan gambar pemegangnya.

Q:Pemilih telah mengetahui nombor saluran tetapi kenapa perlu menyemak semula di barung SPR ?

A:Pemilih tidak perlu menyemak di barung sekiranya telah memperoleh nombor saluran. Beliau hendaklah terus ke saluran yang berkenaan.

Q:Adakah SPR menyediakan saluran khas di tempat mengundi untuk warga tua, orang cacat dan wanita mengandung?

A:SPR menyediakan saluran khas untuk warga emas iaitu saluran I. Manakala bagi wanita yang mengandung dan pengundi cacat, Ketua Tempat Mengudi diberi kuasa untuk memberi keutamaan kepada mereka untuk membuang undi.

Q:Orang ingin mengundi tetapi namanya telah di tanda sebagai telahpun keluar mengundi?

A:Beliau tidak boleh mengundi.

Q:Adakah seseorang boleh menggunakan kad pengenalan orang lain untuk mengundi?

A:Tidak dibenarkan.

Q:Sekiranya seseorang tidak dibenarkan membuang undi, di manakah beliau sepatutnya membuat laporan ?

A:Laporan boleh di buat di Balai Polis berdekatan.

Q:Bolehkah orang mengundi bagi pihak orang lain?

A:Tidak boleh, walau bagaimanapun dalam kes tertentu seperti orang buta warisnya boleh membantu untuk mengundi dengan syarat warisnya perlu mengisi Borang 10 terlebih dahulu.

Q:Kenapa penggunaan pen tidak dibenarkan untuk menandakan kertas undi ?

A:Penggunaan pen dibenarkan tetapi bagi memudahkan pengundi maka disediakan pensil di tempat mengundi.

Q:Jika seseorang pengundi telah menandakan kertas undi sehingga di luar petak undi, adakah kertas undi tersebut diterima ?

A:Kertas undi tersebut boleh diterima selagi niat pemilih untuk memilih calon pilihannya adalah jelas ditanda didalam petak yang dikhaskan..

Q:Bolehkan orang yang mendaftar di Sabah dan Sarawak tetapi beliau bermastautin di Semenanjung memohon mengundi secara pos ?

A:Tidak boleh kecuali mereka yang tertakluk di bawah peraturan 3(1)(a)-(f), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Pengundian Pos ) 2003.


sebagai tambahan,

Jangan cat kuku hari 8 mac tu, bagi memudahkan mencalit dakwat pada hari mengundi. pakai malamnya atau keesokan hari. tapi inai still boleh pakai

Majlis Fatwa Kebangsaan telah membenarkan penggunaan dakwat itu yang tidak melanggar hukum syarak.
Dari segi cara penggunaannya, kerani kedua di tempat mengundi akan mencalit dakwat itu pada kuku atau jari telunjuk tangan kiri selepas identiti pemilih dipastikan oleh kerani pertama.
Kerani ketiga pula akan memberikan kertas undi yang telah ditindik selepas tanda kuku selesai dibuat oleh kerani kedua.
Bagi pengundi yang tidak ada jari, cap akan dibuat atas tunggul lengan bagi menentukan individu berkenaan telah mengundi.Jika masih terdapat pengundi yang datang dengan memakai cat pada kuku, dakwat itu akan ditandakan pada jari

No comments: