Thursday, September 04, 2008

backdated post 2 : mami...

salam semua...

Mami AK skang ni berada di HUSM, KK. Sebelum tu, dia ada kat pusat rawatan kencing manis Care4u atau cure4u kat Chicha untuk merawat luka kat ke2-2 tumit dan belakang badan.. nanti AK letak gambar.. ngeri jugak sebab dokter dah korek tumit mami sampai ke bahagian tulang tumit tu.

Minggu lepas, lepas maghrib hari isnin, mami dihantar ke husm, sebab tekanan darah yang begitu rendah. terkejut takleh nak cerita la masa abang AK cerita pasal keadaan mami masa tu. dah takleh nak keja dah. AK mc. AK balik kg tengahari selasa sampai khamis. Anak2 tak bawak, sebab taktau keadaan mami camana. Kebetulan plaks, abe memang ada keja kat terengagnu hari tu. dia pun ikut balik, naik bas dari kt. dah nampak mami stabil sikit, kami balik kl hari kamis malam.

Lepas keja hari jumaat, kami balik lagi. kali ni, bawak anak3 sekali.

Selain doa ke hadratNya, itu je yang AK mampu buat untuk mami. Hari Sabtunya, mami dah keluar dari ICU ke wad biasa. Alhamdulillah.. syukur. Semalam plaks, dah ke wad untuk rawatan kencing manis plaks. Semoga keadaan mami akan bertambah baik.

1 comment:

Anonymous said...

Dengan mendapatkan rawatan kaedah tradisional pendekatan moden di Pusat Rawatan Alternatif kencing Manis CURE4U, insya-Allah luka di kaki penderita kencing manis akan sembuh dan kakinya terselamat daripada menjadi mangsa potongan doktor. http://www.biodiabetes.com/ terbukti berkesan