Friday, November 02, 2007

jumaat

hari ni dah hari jumaat. cepat sungguh masa beredar, dah 21 syawal pun. kerja kat ofis ni dah slow sikit, sebab dok tunggu respon dari vendor.kenkadang tu terasa penat dah buat kerja yang sama ni hari hari. teringin nak cuba perkara baru.

hari rabu lepas, kawan AK yang pernah satu ofis datang rumah. dia skarang ni jual unit trust dengan insuran. masa memula dia resign dari ofis AK 2 tahun lepas dan nekad untuk kerja sendiri, AK dapat rasakan semangat yang ada. tapi 2 hari lepas, macam tak bermaya plak. AK tak tanya banyak, tapi katanya teringin nak kerja makan gaji semula. penat katanya. entahla, ni yang antara sebab kenapa AK takut nak berhijrah...

okeh, selamat berhujung minggu. esok makcik AK nak datang, ada jiran buat open house. hari ahad ada 4 atau 5 jemputan kot, mungkin tak dapat nak pegi semua. hari isnin ada pot luck raya kat ofis ni.. penuh dah jadual AK untuk hujung minggu ni

jumpa lagi

1 comment:

IKHWANI said...

OO pong takut lagu tu jugok - takut hangat2 taik ayam (HHTA); tu keno make sure hok kito nok buak tu at least kito really passionate about it..kalu dok semeta jadi boring supo HHTA.

minggu lepas OO sibuk jugok, hujung minggu ni ingat nok relax sikit :)