bagai gumpalan kapas putih dan lembut
hari tua singgah ke rambutmu
dan musim remaja pun hanyut perlahan demi perlahan ke tubuhku
susumu yg kuhirup adalah darahmu
butiran nasi yg kumakan adalah keringatmu
lengan yg kutidur adalah mimpimu
lagumu yg kudengar adalah resahmu
segala riangmu kurebut kembali mengisi serpihan umurku
dengan masa depan yg rahsia
Moechtar Awang
_________________

gambar ni diambik 3 tahun yang lepas masa raya. masa tu mami AK masih sihat lagi. mungkin Allah ingin menduga. hanya doa dipanjatkan sentiasa agar ma kembali sihat. amin...
3 comments:
semoga mami AK lekas sembuh, Ameen.
sakit ggapo tu? mitok2 lekah sembuh la...macae OO kato...
insyaallah semoga semuanya bertambah baik.. mami AK ni, ada diabetis & darah tinggi. akhir 2005 lepas, dia kena diabetik strok. tapi alhamdulillah dah improve a lot loni. tapi sejak akhir2 ni, lebih kpd kemurungun rasanya. dia baru je "fire" bibik hok jaga dia 3 minggu lepas. payoh nak explain sini. tapi loni dale proses nak pujuk supaya dia buleh terima bibik semula dudok skali, tapi tuka bibik lain la plak. kita nak jaga sendiri, kita dok jauh. ajok dok kl, dedi AK plak tak sey
Post a Comment