Tuesday, November 27, 2007

bibikku dah balik kampung

hari ahad lepas bibikku balik kampung. gedebar jugak sekejap. mana taknya, lepas timbang barang dah excess 23 kg. dah tak berapa seronok. lepas tu, masa kat imegresen, dia mintak surat cuti. walhal, kalau ikut PA cik abe, dah tak payah surat cuti, sebab dia dah chop tukar alamat malaysia kat paspot. tapi orang imegresen tu, tetap nak surat cuti.
jam dah dekat 10 am, penerbangan 10:15. AK memang dah panik, doa tak henti2 dalam hati. nasib baik la cik abe ni panik tapi tunjuk cool. dah merayu pada pegawai imegresen tu, dia suruh tulih surat rasmi, mintak kita tanggung semua risiko sepanjang perjalanan balik bibik. kelam kabut kami tulis surat tu... tengok bibik dah lepas imegresen check tu, dah lega la sikit. tapinya bibik belum talipon lagi sampai hari ni, sampai ke tidak ke jember..

pengajaran: jangan harapkan 100% kat orang lain. kita kena jugak pastikan apa2 perubahan pada apa2 procedure tu, valid ke tak...

hari jumaat lepas, bibik yang mami AK "fire" tu, sampai kl dari mache. hari sabtu plak, adik ipar yang AK mintak jagakan anak3 sampai dari skudai. dia baru cuti. hari ahad plak, sepupu AK plak datang rumah. meriah la kat rumah tu skarang. hehe. tapi AK yang takde cuti nak join bebudak kat rumah. ni yang dok plan bila nak mc ni.... :)

apa plan cuti ni?

1 comment:

IKHWANI said...

OO suspense sokmo kalu nok urus hal bibik gak..mudoh2an bibik AK selamat ke sana dan balik sini semula.

cuti tak dok plan2 gapo2 pong, seghemo pakai adhoc plan jah ;)