Tuesday, December 18, 2007

catitan

Hari-hari yang sebelum ni, AK memang sibuk sangat kat ofis. kat rumah plak, pc sakit kepala, takleh connect to internet

Semalam, 17hb Disember 2007, harijadi kakak yang ke 9.. dah besar anak daraku.

Semalam jugak, adik tanya, "ma, bila nak gi ambik bibik adik? Bila balik kampung ya?" adussss.. rindu kat bibik la tu. sedangkan bibik takde pun talipon.

Hari ni, umat islam berkumpul di padang arafah, memohon ampun restuNya, sebelum meneruskan rukun dan wajib haji yang lain

Esok, kami merancang nak balik kampung. Jalan mana harus kami lalui. Dengar cerita, hanya laluan Grik-Jeli je yang masih boleh dilalui. Cobaan..

Lusa, umat islam kat Malaysia dan yang sewaktu dengannya akan menyambut Aidil Adha.

Sempatke kita bertemu hari yang seterusnya???

Selamat menyambut hari raya qurban dan selamat bercuti.

No comments: