Friday, December 28, 2007

cuti aidil adha

Alhamdulillah… kami selamat balik raya kat kelantan dan selamat balik kl untuk menyambung rutin seterusnya…

Perjalanan balik ke mache pada 19/12 melalui Lenggong-Grik-Jeli-Mache hampir 9 jam++ dan perjalanan balik kl pada 25/12, melalui kuala krai-gua musang- kl, hampir 8jam ++. Okeh la tu, tak lebih dari 10 jam :)


Cuaca kat kelantan sungguh terang sepanjang kami kat sana. Boleh basuh kain 2/3 round sehari, dan boleh terus lipat malamnya. Best kan? Maklumla, dah banyak minggu kain tak kena matahari terik. Sebelum balik kl, kami sempat basuh semua cadar/selimut/tuala...

Pagi raya sungguh mencabar sebab kami tinggalkan bibik kat rumah abang AK. Tak berani nak bawak balik bibik ke rumah terus. Dah petang, baru abang AK bawak balik bibik. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Rasanya, inilah raya ke 2 yang AK makan mee di pagi raya. Kalau 2 tahun sudah, makan maggi lepas semayang raya dengan abe, tahun ni, makan mee goreng dengan donut + fruit cake. Tapi bila kita dikelilingi orang2 yang dikasihi, rasa bersyukur sangat, walau terasa ralat sebab tak dapat nak sediakan juadah istimewa di pagi raya.

Dah petang barulah merasa nasi impit, roti jala dan tak lupa abang AK bawak bibik.. kuang kuang kuang. Sesungguhnya, diri ini tidak mampu untuk menghandle semua acara dalam satu masa tanpa pembantu….


Tahun ni, umi ada kat mekah, menunaikan haji. Jadi AK hanya singgah sebentar kat rumah umi pada petang raya pertama. Itupun ada kak ha dan adik beradiknya, penuh rumah. Raya ke2, kami korbankan sekor lembu kat rumah ayah AK. Lepas tu bergegas ke rumah bapa mertuaku, sebab adik abe bertunang. Lepas tu lepak kat rumah adik abe yang sorang lagi sementara abe pegi semayang jumaat...

Raya ke3 hinggalah ke6, AK dok rumah je, menjalankan kewajipan sebagai anak yang hanya mampu balik sekali sekala.... :(

Hari rabu lepas, AK dah setelkan persiapan anak2 nak mulakan tahun baru persekolahan. Cuma yuran SK je akan bayar hari sabtu ni. Itupun mony order dah setel. Skang ni, dok sebuk jahit lencana la, balut buku dan susun buku.

Weekend ni dah janji dengan anak2 nak masak juadah raya. Menu apa, tak tahu lagi. Tengok menu OO, rasa bestttt je…

Okeh, Selamat Datang Tahun 2008!!! Nanti kita listkan azam tahun baru ya...

5 comments:

IKHWANI said...

balut buku tak settle lagi nih, hari ni baru dapat buku text hok pinjaman tu lah..kemarin settle hok sekoloh agama..baru wrap half way (bay-lok belakae2 wrapping buku anok). Hari ni khijo, ayoh gi settle sekoloh rendoh, esok ummi pulok cuti - temae Adik first day kat kindergarten, mujo hok kindy settle blako doh kemaring - ni uniform pakai hok lamo, kalu serbo serbi baru..koho luruh la rambut.

Ado bendo nok tanyo pasal bibik nih, nati OO email add yahoo tu.

pasal mmasok ni oghe kato alah bisa, tegal biasa..AK tera la wak choc cake tu..kalu tak dok susu sejat, fresh full cream milk pong buleh - tok soh bakar, steam. Kalu steam lagi sedap OO raso - lagi moist. Senae jah tu. Kuca2 pah masuk dalam steamer, tok payoh guno mixer pong.

Anok2 OO dumoh tu wak satu batch, semetah jah settle!

aduskirana said...

tula... nati nak tera ni

Neeza Shahril said...

hi AK. neeza here. blog hop dari kak OO (tak sure la nak panggil kak ke tak payah ke...) ni another kelantanese ye. syok jugok jupo sekutu hehehee. tahun ni ma neeza pun gi mekoh jugok. insyaallah, minggu depe nok gi jupo dio denu..

Anonymous said...

salam...first time singgoh... sale tue umoh dulu

IKHWANI said...

bilo nok update blog ni!