Monday, October 17, 2011

171011

Salam isnin semua.. Hari ni bermulanya final exam sekolah2 rendah kat selangor ni.. Semoga anak2 kits mendapat kejayaan cemerlang..
Minggu depan final exam sekolah kakak pulak. Walaupun mama tak dapat temankan kakak ulangkaji, doa mama sentiasa mengiringi kakak...

Jumpa lagi

Friday, October 14, 2011

Moussaka

Moussaka Daging Lembu (Chef Wan) - sori chef wan, AK pinjam letak sini ek. Ni pun AK copy je Dari email kawan yg ada buku chef wan ni. AK takdela follow 100%. alter mana patut. Tengok ada bah an ke tak...

Yang suka makan moussaka ni kakak dgn AK je. Abe makan jugakla satu dua round.. Hehehe. Ni pun AK ada utang satu dgn kakak.. Tunggu cuti skolah nantilah. Untuk sofwan, jangan lupa cuba moussaka ni. Lagi mudah bahan2 dia berbanding dengan lasagna kot

Bahan2 dia

4 biji terung bulat yang besar, dihiris 1cm tebal
tepung gandum
minyak masak untuk menggoreng terendam
3 biji ubi kentang yang besar, dikupas dan dihiris-hiris 2 cm tebal 
60 ml ¼ cawan minyak zaitun
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
1 sudu besar bawang putih yang dikupas dan ditumbuk
500gm daging lembu cincang tanpa lemak

1 sudu teh jintan putih/halus serbuk
1 tin(411gram) tomato plam Itali, dihancurkan
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar hirisan herba oregano segar
1 sudu teh lada hitam serbuk
1 sudu teh gula
1 biji lada benggala hijau, hiris2
Sos Berchamel*
85 gram ¾ cawa keju Pamesan parut

Cara
· Atur terung dalam satu lapis diatas dulang pembakar dan tabur sedikit garam keatasnya. Ketepikan selama 10 minit untuk menghilangkan rasa pahitnya.

· Keringkan terung dengan kertas tuala dapur, tabur sedikit tepung gandum keatas dangoreng terendam dengan minyak masak sehingga kuning keemasan. Ketepikan.

· Didalm minyak yang sama goreng ubi kentang sehingga lembut. Tuskan dan ketepikan.

· Panaskan minyak zaitun didalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik baunya. Tamba daging, jintan agak keperang2an sebelum menambah tomato dan tomato puri. Masukkan herba2 thyme dan oregano dan renihkan sehingga kuah menjadi pekat.
 
· Bakar didalam ketuhar/oven yang sudah dipanaskan pada 180C/350F selama 40 minit sehingga maussaka mula berbuih dan bahagian atasnya kuning keemasaan.

SOS BECHAMEL

Bahan-bahannya

55gm ¼ cawan mentega
30g ¼ cawan tepung gandum
500ml/ 2 cawa susu panas
½ sudu teh buah pala serbuk
garam lada hitam yang baru kisar

Cara

· Cairkan mentega didalam kuali panas, masukkan tepung gandum dan kacau cepat2 selamat 1 minit. Tambahsusu panas sambil mengacau diikuti dengan buah pala.renihkan sehingga sos memekat.

·rasa kan dengan garam lada hitam
 

Monday, October 10, 2011

101011

Salam.. Pertamanya, AK nak ucapkan selamat hari jadi, Padang sepupu AK, kak mah, dan tak lupa anak sedara AK, aishah. Semoga happy sokmo.
Hari ni AK mc, tapi banyak keja rumah menunggu. Kita buat satu2 ya. Kita update blog dulu. Hehe.
Satu yang pasti, tangan yang menghayun buaian ni, pasti dapat merobohkan bukit yang dah jadi gunung. Bukit kain!! Hoye. AK nak kena lipat baju dulu ek. C u

Tuesday, October 04, 2011

2011 entry

Yuhuuuu.. Anybody home?

Friday, December 10, 2010

checklist nak start skolah 2011

saja AK nak update list apa perlu buat ujung2 tahun ni..
yg dah setel
1. check abang masuk kelas mana
2. beli buku tulis n buku latihan. h
3. register adik kat sekolah kafa alwani dan bayar yuran skolah agama

outstanding
1. konpem dgn pakcik bas
2. uniform skolah adik n abang. pastu kena potong kaki slua abang...
3. beli kasut/stokin/bag
4. alatan tulisan - ingat nak jahit pencil box dgn bag tuisyen, tapi tak de semangat menjahit la
5. jahit lencana
6. balut buku belum mula??

tunggu bukak sek
1. bayar yuran sek keb
2. oder name tag
3. buku teks adik - termasuk kena balut
4. beli buku teks n buku tulis sek agama - pastu kena balut la jugak
5. baju sukan abang n adik
6. buku abg n adik yg tak cukup hari tu

tunggu 21 dec
1. semua di atas untuk kakak
ada apa lagi ya? harap2 list untuk kakak takde la panjang sgt ek

Saturday, November 20, 2010

201110

sebelum

sesudah

Saturday, November 13, 2010

121110

Salam.. Walau hari ni dah 13, nak jugak guna tarikh cantek tu.. Hahaha. Tadi layan Mari menari. Ni baru teringat nk update blog. Result psra kakak tak seperti yg d harapkan, tapi seperti yang d jangka. Boleh tak mama ckp gitu. Tapi tetap bagus d mata AK. I'm proud of u kakak.
Esok kakak join majlis khatam Quran sekolah agama. Pagi tadi para mama g gotong royong. Pastu dapat makan mee Kari best. Hoyeee
Satu lagi, pagi esok ada pengantin baru sebulan stengah nak datang anta kepok lekor. Apa nak prepare untuk brunch ek?

Thursday, November 11, 2010

111110

Salam semua.. Pertamanya, alhamdulillah syukur ke hadratNya atas semua nikmat yang dikurniakan Allah pada kami sekeluarga.. AK nak ucapkan tahniah pada kakak dan semua yang dapat kejayaan cemerlang pada UPSR yang lepas. Tapi ingat, ni baru dajah 6 ek..
Masa AK tulis ni, baru pkl 10, tapi kakak dah tido. tak cukup tido kot malam tadi. Esok result PSRA pulak.. uih, ada lagi debarannya..

Wednesday, November 10, 2010

101110

Wah... Satu lagi tarikh cantek. Kan? Harini talipon AK pening. Nak berfb pun tak senang. Asik terexit je... Ada la hikmahnya tu. Okeh, nak layan qabil Dan Habil jap

Wednesday, November 03, 2010

031110

Salam rabu.. Walau tarikh tak cun, nak jugak update. Ok la kan. Sebelum ni asik update fb je. Sekali sekala, kita update blog. Huhu

AK takde maid lagi. Dah 2 minggu. Penat jugak, tapi hati senang. Camana tu? Kalau ikutlah hati, dah malas nak ada maid. Tapi ikutlah rasa, nakkkk. Kalaula boleh dapat pengurus rumahtangga tempatan, alangkah bagusnya. Bila la agaknya tu.. Sabar...

Okeh, nak kena g gosok baju agar tak tinggi sgt bukitnya weeken nanti..

Jumpa lagi

Monday, November 01, 2010

011110

wahhh... banyaknya sesawang.... achom!!!
cun tak tarikh hari ni? AK saja nak capture tarikh cantik ni.. bukan hari lain tak cantik, cuma bila ditulis, macam cunn je..

okeh, jumpa lagi

Monday, February 15, 2010

cuti raya cina kali ni, kami tak kemana2.. huhu. dok lepak kat umah je. kalau dah kat umah ni, asik nak makan.... je. no good, no good.

anyway, hari sabtu lepas, ada mini reunion saing2 mrsm. seronok sangat. sehari 2 ni, kalau masuk fb, asik dok tengok gambar2 je lah..

semalam masak nasik minyak atas permintaan anak daraku. kebetulan, abang AK datang. lunch beramai2 kat sini.

hari ni? selain dari bertenet, takde plan lagi. malam tadi bawak anak3 gi funfair, jadinya, sebab dah gi funfair, komputer ni, mama yang punya... wakaka

Saturday, February 06, 2010

anak sekolah hari ni

pagi ni, kakak ada bengkel, abang gi sek agama ganti, adik kat kelas ps2.... mama terpaksalah masuk opis awal. haha....

dah berjaya siapkan projek jahitan yang lama terbengkalai. dah mula balik dari kamis malam, malam tadi dan baru kejap tadi... siap 3 tudung, 1 seluar.. semuanya untuk AK.. muahaha... gila kuasa betul. agak2nyakan, kalau AK buat banyak2, ada tak saing2 yang berminat?

Tuesday, February 02, 2010

tuisyen...

tuisyen? sebenarnya perlu atau tak? AK dulu pegi gak tuisyen masa skolah rendah.. tu pun rumah cikgu seberang jalan je.. tapi tak rasa penat sangat sebab sekolah pagi, tuisyen petang, malam tido

tapi AK dok perhati jadual kakak mulai semalam, padat betul. sekolah pagi, sekolah agama petang, malam isnin to rabu tuisyen. kalau ikutkan, rabu & kamis malam ada ngaji. tu tak confirm lagi. since dia dah khatam last year, mungkin ngaji weekend dengan AK je kot? kat sekolah agama pun, dia masih mengaji... ok la kot?

bila la masa untuk anak2 enjoy zaman kanak2 kalau jadual dah padat camtu... kalau ikutkan buku zaid mohamed, tak payah tuisyen ni kalau parents boleh peruntukan masa .. kena ada jadual dan perancangan yg betul.. walau dah habis baca buku tu, tapi tak berani nak bereksperimen dgn anak2 sendiri. kena khatam betul2, kena plan betul2.. skang nih, sampai rumah pun dah dekat jam 8.. huhu... kesian anak2kan?

Monday, February 01, 2010

selamat hari wilayah

pada yg bercuti, selamat hari wilayah... pada yg kerja, selamat bekerja. pada yg memang dok rumah, besnya...

AK baru balik dari kampung malam tadi. balik dari kamis lepas kerja. penat tak ilang lagi, tapi malas nak dilayan sangat. macam2 plan ada kat kepala, nak g jumpa dentist, nak gi cuci muka, cuci rambut, nak menjahit dan macam2 lagi. cuma yg dah beres, pegi pasar dgn masak je. yang lenlain, masih kat dalam list lagi.. huhu.. update blog ni tak masuk dalam list plak.

okes, kena buat sesuatu nih

ni gambar kat dataran lang, langkawi....

Saturday, January 30, 2010

happy anniversary

betul  ke ejaan tu? apa pun, hari ni ulangtahun perkahwinan kami ke 12.. semoga kasih sayang kita berkekalan ke akhirnya....

Wednesday, January 20, 2010

antara azamku

antara azamku tahun sudah2, nak belaja menjahit. so, 2 feb tahun 2009, AK berjaya beli mesin jahit.. disebabkan memang tade basic, AK beli la yg ada kelas sekali.. tapi pegi kelas selepas sebulan beli (sebab tak tahu camana nak operate mesin beb) dan bertahan sampai bulan 4 je... huhu. kelas ada setiap hari, tapi AK free weekend je. lepas tu cuti la, apa la... production pun slow. hehe.. bila dah lumayan, AK share la hasilnya ya..


Thursday, January 14, 2010

azam 2010

rentetan dari blog wanha, AK pun nak cerita pasal azam 2010. sejak tahun 2008, AK dah start catatkan azam AK dalam pc. memula tu, takde la apa sangat. tapi masuk 2009, AK start review balik apa yang AK impikan tuh.. dah review, AK letak pencapaian as at each review date. best jugak camtu.. so, untuk tahun 2010 ni, AK dah update masa maal hijrah lepas. ada yang positif, negatif dan ada yang statikkk je... kita carry ke tahun 2010.. haha

bak kata wanha & oo, kena tepek besa2 supaya kita senang nak diingatkan dan lebih fokus..

Monday, January 04, 2010

hari pertama sekolah

malam tadi, walau susah nak mintak anak3 tido awal, AK berjaya jugak tidokan mereka sebelum 10.30. target awalnya, 9.30. tersasar 1 jam. pagi tadi, belum 5.45, abang dan kakak dah siap mandi. auch... mama yang tersasar plak..

pagi ni, hujan sekejap2... macam tu jugakla keadaan kat sekolah pada yg pertama kali ke sekolah. adik decided to sambung cuti pagi ni. nak gi sekolah esok. huhu... lepas adegan pujuk memujuk, dan sikit2 merajuk, AK berjaya antar dia ke sekolah. memang la parking penuh, hujan plak tu, semua parents macam AK la jugak, nak anta anak. masuk je kat dalam, adegan hujan dan ribut kat dalam tadika plak. nasib baik adik macho je masuk dalam. lepas dah dapat perhatian cikgu ayu, Ak serahkan la pada cikgu untuk urusan selanjutnya.

plan lepas ni? nak setelkan yuran2 kalau sempat. tahun ni, memang selow. duit yuran sekolah agama, tadika, bas belum setel lagi. alasannya, tahun ni, cik abe take over beli buku2 anak. jadinya handover task tu, not properly done. hehe...

Kami dah dapat bibik baru last week. Alhamdulillah... harapnya ok lah. walau rasa busan nak tunjuk ajar ni. nak wat camana kan?

okeh, kejap lagi nak gi jemput adik. minggu ni balik kol 10 sempena orientasi...